FriedChillies dengan bangganya mengumumkan penganjuran Nasi Kandaq Fest 3.0, dibawakan bersama Datum Jelatek Shopping Centre, yang akan berlangsung pada 29 dan 30 November ini di Datum Jelatek Shopping Centre bersempena sambutan ulang tahun ketiga pusat beli-belah tersebut.
Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: Biar Betul 3 Oyster RM12? Ini Sebab Anda Perlu Datang Ke Seafood Festival 2024
Artikel Berkaitan: Restoran Nasi Kandar Dedah ‘Influencer’ Minta Makan Percuma – ‘Datang Bersama Keluarga, 10 Orang Macam Dia Habislah Bankrap’
Sembilan vendor legenda

Edisi tahun ini bakal menghimpunkan sembilan lejen nasi kandar dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor, menjadikannya barisan vendor paling Surrr dalam sejarah festival ini dengan sokongan daripada PRESMA (Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia) dan komuniti Facebook Nasi Kandaq Hunters (NKH).
Meneruskan momentum kejayaan tahun lalu, Nasi Kandaq Fest 3.0 menawarkan peminat satu hujung minggu penuh dengan rasa warisan asli, demonstrasi makanan, aktiviti komuniti dan hiburan keluarga.
FriedChillies dan NKH telah memilih sembilan vendor legenda yang mewakili pelbagai cabang dalam dunia nasi kandar daripada lejen Pulau Pinang, jaguh Kuala Lumpur, hingga bintang dari Johor.
Line-up festival termasuk nama-nama besar seperti:
Deens Maju (Jalan Gurdwara, Penang), Nasi Kandar Kampung Melayu (Penang), Pelita (Chai Leng Park), Kudu, Hameediyah, LC (Line Clear) Kampung Baru, Nasi Kandaq Talam (Johor), Nasi Kandar Bawah Pokok (Penang) serta Ibramsha yang kini beroperasi di lokasi baharu.
Line-up paling Surr

Sementara itu, menurut CEO FriedChillies iaitu Adly Rizal, tahun ini mereka membawa sembilan vendor nasi kandar kegemaran rakyat dari Penang, Kuala Lumpur dan Johor.
Ini sememangnya line-up paling Surrr setakat ini. Kami sangat teruja untuk menganjurkan Nasi Kandaq Fest 3.0 di Datum Jelatek sempena ulang tahun mereka yang ketiga.
Peminat bukan sahaja akan menikmati makanan, tetapi juga kemudahan ke sini dilengkapi akses terus melalui LRT, parkir yang selesa, dan ruang yang ideal untuk makan bersama.
Selain itu, CEO Datum Jelatek Shopping Centre, Zetty Rahim berkata Datum Jelatek komited menjadi ruang komuniti, budaya dan perayaan.
Untuk ulang tahun ketiga kami, kami mahukan sebuah acara yang meraikan warisan Malaysia sambil menyatukan masyarakat dan Nasi Kandaq Fest 3.0 memenuhi matlamat ini.
Menghimpunkan sembilan lejen nasi kandar di bawah satu bumbung adalah pengalaman yang jarang berlaku, dan kami berbangga membawanya kepada pengunjung kami.
Manakala, PRESMA di bawah pimpinan Presiden baharu Datuk Mohamed Mosin memberi sokongan penuh dalam mengangkat warisan kulinari Malaysia.
Nasi kandar lebih daripada makanan ia simbol budaya dan identiti warisan Muslim-India Malaysia.
PRESMA berbangga menyokong festival yang menghimpunkan para pengusaha nasi kandar disegani dari seluruh negara.
Acara seperti ini memperkukuh identiti kulinari kita dan menghargai kerja keras para pengusaha restoran. Kami memuji inisiatif FriedChillies dan Datum Jelatek atas penganjuran ini.
Dalam pada itu, menurut Admin dan Pengasas Nasi Kandaq Hunters yang kini mencecah lebih 275,000 ahli iaitu Pandai Othman, komuniti NKH amat teruja menyokong festival ini sekali lagi.
Dengan sembilan nama besar yang dipilih bersama FriedChillies, peminat akan mendapat pilihan hebat serta rasa autentik.
Kami menjemput semua ahli untuk hadir, meraikan dan berjumpa rakan-rakan komuniti di acara ini.
The post #OBCallingFoodies: Nasi Kandaq Fest 3.0 Kembali! Ada Promosi Khas RM3 Untuk 333 Pengunjung first appeared on OHBULAN!.





