Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendedahkan sisi gelap seorang pendakwah selebriti yang didakwa meraba kemaluan seorang remaja lelaki.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sentiasa Bangga Dengan Papa’ – Nurul Izzah Anwar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terima Kasih Nurul Izzah Wakilkan Wanita Bagi Semangat Pada Aisyah’
Pendakwah selebriti raba remaja lelaki?

Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, Nurul Izzah memaklumkan bahawa pendakwah terbabit menggunakan minat remaja lelaki itu sebagai ‘pintu’ untuk dirinya memulakan perbuatan keji.
Ujarnya, mangsa memberitahu bahawa pendakwah terbabit memasukkan tangan ke dalam seluarnya dan mula meraba-raba.
Pada usia yang mentah, di saat seorang anak melihat orang dewasa sebagai pemimpin dan pembimbing, hadir seorang ustaz selebriti yang dikenali ramai, mendekatinya dengan janji mahu membimbingnya ke jalan agama.
Dia gunakan minat mangsa terhadap nasyid, namun rupa-rupanya hanyalah helah untuk satu niat keji.
Ustaz itu datang ke rumah dan memujuk remaja itu untuk mengikutnya ke negeri lain dengan tujuan menonton persembahan nasyid.
Namun malam itu segalanya berubah. Pendakwah tersebut mula masukkan tangan dia dalam seluar mangsa dan meraba-raba.
Menegakkan keadilan

Berkongsi lebih lanjut, mangsa membuat laporan polis terhadap pendakwah terbabit selepas menerima gangguan seksual tersebut.
Difahamkan, pendakwah selebriti itu tidak berdiam diri namun menyaman keluarga mangsa dan diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
Rupa-rupanya beberapa laporan polis terhadap ustaz yang sama sebelum kejadian ini menimpa anak mereka.
Kenapa tiada tindakan diambil sejak laporan pertama?
Mereka adalah keluarga B40. Simpanan hampir tiada. Seluruh keluarga menangis.
Dalam pada itu, Nurul Izzah memberitahu bahawa dia bakal melindungi mangsa dan keadilan bakal berpihak pada yang benar.
Sumber: Facebook @nurulizzahanwar
The post Nurul Izzah Dedah Perangai ‘Ustaz Selebriti’, Janji Keadilan Untuk Keluarga B40 – ‘Dia Masukkan Tangan Dalam Seluar’ first appeared on OHBULAN!.





