29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Norreen Iman Syukur Ada Suami Macam Razzi, Pernah ‘Struggle’ Nak Beli Lampin Anak – ‘Ini Semua Fasa Kehidupan’

    Shopee Sale



    Kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya dan tidak terlepas dengan ujian bagi menguatkan hubungan sebuah pasangan itu.

    Begitu juga pelakon yang berkongsi kisah pada awal perkahwinannya.

    Susah senang bersama

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Norreen mendedahkan pertemuan pertama bersama suaminya, Razzi Razak adalah menerusi aplikasi X.

    Ujarnya, dia bersyukur keluarga banyak membantu dalam urusan kewangan untuk mendirikan rumah tangga.

    10 tahun lepas, kita berjumpa di aplikasi X.

    Nak kahwin, duit tak banyak, muda sangat tapi atas restu ibu, kita usahakan juga.

    Dulu kita sama-sama layak mohon baitulmal, dapat lah sorang RM1,500. Saya bersyukur, keluarga tolong.

    Tambah Norreen, semua barang-barang rumah pada awal perkahwinan adalah secara ansuran.

    Kita pindah dari flat ke condominium. Satu rumah barang ansuran, sebulan RM50 ke RM100, boleh lah asal bayar sampai habis.

    Bersyukur ada suami macam Razzi

    Norreen turut berkongsi, di fasa ini juga lah dia mula terjebak dalam membuat ‘content’ di media sosial.

    MENARIK:  Shaniena Natasya Bakal Jadi Ibu, Kongsi Amalan Sebelum Tahiyat Akhir – ‘Selalu Baca Surah Yusuf’

    Menurutnya, segala kesusahan yang dihadapinya dulu tidak membuatkan dia rasa hidup susah.

    Tapi dalam masa fasa ini lah aku mula buat content. Ada orang suka, ada yang tak.

    Tapi aku teruskan buat video dan buat orang ketawa walaupun pernah dalam fasa tidak mampu beli lampin anak.

    6 tahun kahwin baru dapat beli kereta pertama. Tapi tak rasa hidup itu susah. Ini semua fasa kehidupan.

    Saya bersyukur ada suami macam Razzi.

    Dalam pada itu, pelakon drama bersiri ‘Lara Kasih’ itu turut berterima kasih kepada pengikut yang menyokongnya dari hari pertama dia mula bergiat dalam dunia hiburan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah