Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman bersama bekas suami, Mohd Raizi Abdul Razak, dilihat masih mengekalkan hubungan baik demi kebahagiaan anak-anak.
Artikel Berkaitan: Norreen Iman Bersyukur Kehidupan Semakin Baik – ‘Anak Terjaga, Ibu Saya Sihat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Antara Saya Dengan Allah’ – Norreen Iman Ulas Isu Buka Tudung
Hubungan baik
Menerusi video yang dikongsikan semula oleh netizen, Razzi berkata hubungan mereka dalam keadaan baik.
Sementara itu, Razzi menafikan dakwaan hubungan mereka selepas bercerai menjadi renggang dan sering berlaku pergaduhan seperti yang didakwa sebelum ini.
Macam inilah kehidupan kita. Kami jaga saja hubungan untuk anak-anak, insha-Allah.
Tiada bergaduh pun, baik-baik saja.
Malah, Razzi berharap agar orang ramai terus memberikan sokongan kepada Norreen dalam perjalanan kerjayanya.
Norreen dalam masa yang sama turut berharap agar tiada sebarang provokasi yang boleh menjejaskan hubungan baik mereka selepas ini.
Jadi selepas ini, harap tiada apa-apa provokasi berlaku.
Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa hubungan antara Norreen dan Razzi semakin keruh selepas mereka memilih untuk berpisah.
Untuk rekod, Norreen dan Razzi mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Bagaimapun, pada 21 Mei lalu, Norreen sah bercerai talak satu dengan Mohd Razzi Abd Razak di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sumber: TikTok
The post Norreen Iman & Bekas Suami Kekal Baik Demi Anak-Anak – ‘Tiada Gaduh Pun’ first appeared on OHBULAN!.





