27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nora Danish Jual Semua Kasut Tumit Tinggi Selepas Fahami Surah Al-Humazah, Tak Mahu Dihumban Ke Neraka Al-Hutamah

    Shopee Sale



    Nora Danish

    Pelakon, Nora Danish mahu menjual semua koleksi kasut tumit tinggi miliknya yang sudah tidak dipakai lagi.

    Surah al-Humazah

    Nora Danish

    Nora atau nama lengkap Nora Danish Mohd. Hanif, 43, berkata, dia bertindak menjual kasut miliknya selepas memahami maksud surah al-Humazah.

    Katanya, surah tersebut menceritakan tentang golongan yang dihumban ke dalam neraka khas disebabkan terlalu melebihkan harta berbanding agama Allah.

    Saya mahu menjual semua kasut tumit saya, ada macam-macam warna, saiz antara 35 dan 35.5, yang berminat boleh DM saya.

    Saya terbuka surah al-Humazah, tentang golongan pengkeji yang dimasukakan ke dalam neraka khas iaitu neraka al-Hutamah.

    Neraka ketiga dari bawah, neraka al-Hutamah penghuninya adalah golongan yang menghitung harta.

    Meletakkan harta mereka lebih daripada Allah. Jadi saya refleks semula diri saya. Segala apa yang saya tak pakai, saya mahu jual.

    Nora berkongsi perkara itu menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Story miliknya.

    MENARIK:  ‘Kenapa Kalau Meniaga Mesti Semua Makanan Tak Sihat?’ – Atikah Suhaimie

    Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama bersiri Puteri ini berkata, dia akan menggunakan semua hasil jualan untuk membeli barang keperluan dan bersedekah.

    Duit-duit itu pula saya akan gunakan untuk beli barang keperluan lain atau digunakan untuk bersedekah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah