31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nina Ismail Sabri Kagum Dengan Bella Astillah – ‘Dia Profesional Walau Dalam Keadaan Tak Sepatutnya’

    Shopee Sale

    Anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, iaitu Nina Sabrina Ismail Sabri memuji pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang menunjukkan profesionalismenya sewaktu menyampaikan anugerah di malam Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025).

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah & Sophia Albarakbah Janggal Di Atas Pentas AMT25 – ‘Saya Kenal Sangat’

    Artikel Berkaitan: ‘Gigil Sebab Trauma, Orang Terdekat Tahu Apa Dia Buat Dekat Bella’ – PA Dedah Punca Reaksi Janggal Dengan Sophia Albarakbah

    Bella profesional

    View this post on Instagram

    A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

    Menerusi ciapan di aplikasi Threads, Nina juga meluahkan rasa kagum terhadap Bella yang dilihat kekal tenang sewaktu menyerahkan trofi kepada pelakon, Sophia Albarakbah yang memenangi kategori ‘Selebriti Feminin Terhangat’ di malam anugerah tersebut.

    Kata Nina, hanya yang pernah berdepan dengan situasi lebih kurang sama saja akan memahami apa yang dirasai Bella.

    Nampak dengan jelas dia dah ‘move on’, tapi hanya yang pernah rasa je faham.

    Kita boleh maafkan dan teruskan hidup, tapi kita tak akan pernah lupa.

    Bella tetap profesional dan hadap situasi itu walaupun dia diletakkan dalam keadaan yang tak sepatutnya.

    Tahniah Bella, memang tabik.

    Pada malam kemuncak AMT 2025, momen Bella menyerahkan anugerah kepada Sophia menjadi bualan apabila interaksi mereka dikatakan kaku dan kurang mesra.

    MENARIK:  [VIDEO] Ernie Zakri Kesal Tindakan Netizen Kecam Artis – ‘Saya Pernah Jadi Mangsa Buli & Faham Apa Yang Aina Abdul Rasa’

    Bella juga kelihatan agak janggal ketika mengumumkan kemenangan Sophia dalam kategori yang dimenangi pelakon berkenaan.

    Posting Nina Ismail Sabri

    Sumber: Threads Nina Ismail Sabri

    The post Nina Ismail Sabri Kagum Dengan Bella Astillah – ‘Dia Profesional Walau Dalam Keadaan Tak Sepatutnya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah