29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Tegur Hamil Jarak Dekat, Isteri Fizo Omar Respon – ‘Berdosa Ke Saya Mengandung? Rezeki Takkan Nak Tolak’

    Shopee Sale



    Fizo Omar

    Isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri meluahkan rasa kurang senang dengan sikap seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan dirinya hamil jarak dekat.

    Hamil jarak dekat

    Fizo Omar

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Fazeera menganggap dikurniakan anak ramai adalah rezeki terbesar dari Allah dan dia tidak mampu menolak.

    Berdosa ke saya yang sudah bersuami ini mengandung? Kalau rezeki, takkan saya nak tolak.

    Saya percaya, setiap cahaya mata ada lorong rezeki yang tak berpenghujung.

    Dalam hantaran sama, Fazeera turut memuat naik tangkap layar memaparkan mesej individu terbabit yang berkongsi pandangan mengenai hamil jarak dekat.

    Jaga diri awak, ini bukan soal rezeki tapi badan mahu pakai lama. Saya pernah mengandung jarak dekat.

    Masa bersalin kena tumpah darah sebab tak jaga penjarakan, itu pandangan saya lah.

    ‘Down’ kan wanita lain

    Fizo Omar

    Dalam pada itu, menerusi sebuah lagi hantaran di entri sama, Fazeera turut menegur sikap segelintir kaum hawa yang seakan mahu menjatuhkan martabat wanita lain.

    Saya rasa tak perlu kot wanita sesama wanita ini ‘down’ kan wanita lain.

    Sikit-sikit cakap ‘nanti stress cakap anak ramai’, ‘ada pembantu rumah senang lah’, ‘badan mahu pakai lama lah’, ‘mengandung lagi?’, ‘suami tak kesian dekat isteri ke?’.

    Walaupun kalian di luar sana melalui beberapa kepayahan dalam kehamilan, tak perlu tarik orang lain atau cerita benda itu kepada orang lain.

    Februari lalu, Fizo memaklumkan isterinya kini sedang berbadan dua dan bakal melahirkan cahaya mata ketiga mereka.

    MENARIK:  Caprice mengungkapkan bahwa nama asal ‘Mawla Amin’ telah terungkap dalam passport Perancis sebelum dia pindah ke Morocco?

    Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dan mereka sudah memiliki dua anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.

    Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu pada 10 Julai 2019.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah