32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Rindu Qi Razali – ‘Memang Seronok Kalau Dia Jadi Pengacara Rancangan Travelog’

    Shopee Sale

    Kehandalan pelakon, Qi Razali dalam mengacarakan sebuah rancangan destinasi pelancongan di Youtube mendapat sambutan dan reaksi positif daripada orang ramai.

    Artikel Berkaitan: Qi Razali Teruja Sambut Cahaya Mata Sulung, Pilih Nama Melayu Klasik – ‘Baru Tahu Baju Baby Ada Kosong Tahun’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Qi Razali Makin Bahagia, Impi Bergelar Bapa – ‘Saya Terbayang Nak Hantar Anak Masuk Kelas Piano’

    Dipuji

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu meluahkan rasa kagum terhadap cara Qi mengendalikan program yang disifatkan cukup memikat.

    Katanya, Qi sememangnya memiliki bakat semula jadi dalam mengendalikan rancangan travelog.

    Saya sahaja ke rasa yang Qi Razali memang forte dia mengacarakan rancangan jalan-jalan macam ini.

    Memang seronok kalau dia jadi pengacara rancangan travelog seperti ini.

    Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai dengan kebanyakan netizen memuji bakat Qi dalam bidang pengacaraan.

    MENARIK:  Aziz Harun ‘Move For Good’, Dah Dua Tahun Pindah Malaysia – ‘Kalau Di Sini Lebih Mudah Nak Bekerja’

    Segelintir netizen menyifatkan Qi sebagai seorang pengacara yang bersahaja ketika mengendalikan rancangan kembara.

    Malah kata mereka, pengalaman luas yang dimiliki oleh Qi selama berpuluh-puluh tahun turut memainkan peranan penting.

    Sekadar makluman, Qi merupakan pengacara bagi rancangan di saluran YouTube MyHomegrown.

    Komen netizen

    Sumber: Threads

    The post Netizen Rindu Qi Razali – ‘Memang Seronok Kalau Dia Jadi Pengacara Rancangan Travelog’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah