30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Bertanya Mengenai Ketiadaan ‘Update’ Mengenai Anak, Shakilla Khoriri Beri Jawapan – ‘Ameena Bersama Daddy Dia, Mereka Berseronok Bersama-sama’

    Shopee Sale



    Shakilla Khoriri

    Pelakon Shakilla Khoriri memaklumkan dia menerima banyak pertanyaan daripada pengikutnya yang bertanyakan mengenai keadaan anaknya, Ameena Sofia.

    ‘Have a great time together’

    Shakilla Khoriri

    Menerusi hantaran di Instagram, Shakilla berkata dia tidak memuat naik sebarang perkongsian mengenai anaknya disebabkan Ameena ketika ini sedang bersama bekas suami iaitu penyampai radio, Fizi Ali.

    Menurut Shakilla, dia hanya melihat perkembangan anaknya menerusi perkongsian yang dimuat naik Fizi di Instagram miliknya.

    Ramai yang tanya kenapa saya tiada update apa-apa pasal Ameena. Ada yang tanya Ameena okay ke?

    Sejujurnya saya tidak tahu Ameena okay atau tidak. Sebab Ameena sekarang masih bersama bapanya (Fizi Ali) sehingga hari Jumaat.

    Sepatutnya semalam Ameena dah balik tapi saya bagi dia duduk lama sikit dengan ayahnya.

    Saya pun tengok update Ameena dekat Instagram daddy dia sahaja. Selain daripada itu, saya tidak tahu.

    Dalam perkongsian sama, aktres berusia 34 tahun itu berharap anaknya dan bekas suami dapat menikmati setiap masa yang diluangkan bersama.

    Selain itu, Shakilla turut meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk dia, Ameena dan Fizi.

    Harapnya Ameena okay dan sekolah macam biasa, insya-Allah. Saya percaya daddy Ameena jaga Ameena the best. Harapnya Ameena dan daddy have a great time together.

    Doakan yang baik-baik untuk perjalanan kami bertiga dengan kehidupan masing-masing yang lebih baik dan harmoni, terutama untuk Ameena Sofia.

    Pada 26 Februari lalu, Shakilla sah bergelar isteri untuk kali kedua kepada lelaki pilihan yang dikenali sebagai Fariz dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam.

    MENARIK:  Ifan Seventeen Syukur Terima Banyak Undangan Di Malaysia

    Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan Fizi Ali pada 18 Januari 2018, namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

    Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.

    Sementara itu, Fizi kemudiannya mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan seorang ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan iaitu Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah