25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Neelofa Kongsi Vlog Hadiri Perkahwinan Aisyah Aziz, Sebak Ketika Akad Nikah

    Shopee Sale



    Noor Neelofa

    Selebriti popular, Noor Neelofa berkongsi video blog atau ‘vlog’ ketika menghadiri majlis perkahwinan abang iparnya, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd Ismail dengan penyanyi, Aisyah Aziz.

    Vlog pernikahan Aisyah

    Noor Neelofa

    Menerusi video yang dimuat naik, Neelofa bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz dilihat menaiki penerbangan dari Malaysia menuju ke Singapura.

    Dalam klip tersebut memaparkan sekitar majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah masjid.

    Aisyah usai diijabkabul dilihat gagal menahan air mata ketika bersalaman dan berpelukan dengan keluarganya. Momen itu turut mengundang rasa sebak Neelofa.

    Dalam hantaran sama, bekas pengacara program MeleTOP itu juga berkongsi sedikit sorotan pada majlis persandingan yang memperlihatkan Aisyah dan suami duduk di atas pelamin indah.

    MENARIK:  Ucapan Hari Lahir Rebecca Nur Al Islam Buat Bapa Mentua Bikin Ramai Tersentuh – ‘Saya Rindukan Pelukan Seorang Ayah’

    Menerusi ruang kapsyen, Neelofa meluahkan rasa syukur dan gembira menjadi saksi penyatuan dua cinta itu.

    Pada Jumaat, Aisyah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd Ismail di Singapura dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.

    Lelaki yang berjaya menambat hati Aisyah atau nama lengkapnya Nur Aishah Aziz, 31, merupakan abang kepada PU Riz sekali gus penyanyi tersebut bergelar biras kepada Neelofa.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah