Pelakon dan model Natasha Hudson, kembali menjadi perhatian netizen selepas bertindak memadam semua foto berhijab di akaun Instagram miliknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Natasha Hudson Kongsi Kehidupan Di Kampung, Netizen Teruja – ‘Lembut Cakap Utara’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Natasha Hudson Kongsi Kisah Penghijrahan – ‘Perjalanan Penuh Dengan Peringatan’
Natasha Hudson dah buka tudung?

Menerusi tinjauan , Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson Mohd Redzuan, 43, turut berkongsi foto terbaharunya di Instagram Stories dengan berpakaian renang tanpa mengenakan hijab.
Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengikutnya yang tertanya-tanya punca di sebalik keputusan pelakon itu.
Setakat ini, Natasha masih belum memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara tersebut.
Pada tahun 2016, Natasha pernah mengenakan niqab, namun pada 2022, pelakon filem Kelab Rojak itu menjadi tumpuan apabila dilihat tidak lagi mengenakan hijab.
Seterusnya, sekitar bulan Julai 2025, Natasha dilaporkan kembali mengenakan hijab, namun tindakan terbaharunya memadam semua foto berhijab di akaun Instagram, sekali lagi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya.
Untuk rekod, Natasha Hudson berkahwin dengan Jay Jasmin pada tahun 2022. Ini merupakan perkahwinan ke-5 buat Natasha Hudson.
Natasha Hudson mempunyai 4 orang anak perempuan iaitu Nesse Helena, Naema Khaleela, Faatimah dan paling bongsu yang dilahirkan pada 6 Jun 2024, Kaia.
Sumber: Instagram Natasha Hudson
The post Natasha Hudson Tanggal Semula Tudung? Didakwa Padam Semua Foto Berhijab Di IG first appeared on OHBULAN!.





