25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nama Miera Liyana Tercalar, Mohon Bekas Madu Jangan Tunggang Nama Untuk Publisiti – ‘Saya Pernah Menang Anugerah…’

    Shopee Sale

    Pelakon Miera Liyana mohon bekas madunya iaitu Adibah Abdul Mutalib, 52, untuk tidak terus membuka aib suami.

    Artikel Berkaitan: Suami Miera Liyana Didakwa Muflis?

    Artikel Berkaitan: Bekas Madu Miera Liyana Puas Hati Menang Kes Nusyuz, Fokus Tuntutan Hadanah & Nafkah Pula

    ‘Berhenti guna nama saya’

    Memetik laporan Harian Metro, Miera atau nama sebenarnya Miera Leyana Datuk Seri Kasmi memilih untuk fokus pada suami dan dua orang cahaya matanya.

    Menurutnya, segala yang masih belum diselesaikan perlulah menerusi mahkamah dan bukan memilih jalan mudah dengan membuka aib suami.

    Kesihatan mental anak-anak saya lebih penting. Anak-anak saya nak membesar dan benda ini tak boleh padam dan apa yang dia (bekas madu) cakap kepada pihak media berkaitan suami juga tidak boleh padam.

    Bila anak-anak sudah besar nanti mereka akan baca berita yang dilaporkan berkaitan bapa mereka dan saya mahu menjaga emosi anak-anak.

    Kalau tak puas hati dengan kes perceraian, tuntutlah di mahkamah dan tak perlu keluarkan kenyataan yang buka aib bekas suami dan keluarga.

    Jangan guna nama saya untuk dapat publisiti sebab anda bukan artis pun. Bila anda buat kenyataan yang buka aib bekas suami kepada pihak media ia turut mengganggu emosi anak-anak anda sendiri.

    Calarkan nama baik sebagai pelakon

    Berkongsi lebih lanjut, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 itu memaklumkan segala yang terjadi sedikit sebanyak memberi kesan pada kerjayanya sebagai anak seni.

    Saya pernah menang anugerah dalam industri seni tapi nama baik saya sekarang tercalar dengan isu peribadi sedemikian.

    Saya juga sudah mula secara perlahan-lahan menjadi ‘influencer’ (pempengaruh) dengan beberapa jenama antarabangsa tetapi dengan kes mahkamah membabitkan suami yang masih belum selesai itu membuatkan kerja saya turut terganggu.

    Kenyataan dia (Adibah) kepada pihak media juga boleh jejaskan nama baik saya dan keluarga.

    Berhentilah buka aib bekas suami dan ‘move on’ dengan kehidupan anda.

    Terdahulu, selepas berjaya mendapatkan hak penjagaan kekal tiga anak pada Februari lalu, Adibah memfailkan tuntutan nafkah anak, nafkah iddah dan muta’ah terhadap Rosland di Mahkamah Rendah Syariah Putrajaya selepas difailkan pada 25 Jun lalu.

    MENARIK:  ‘Saya Sudah Fikir 20 Tahun Ke Depan Mengenai Segala Keperluan Nur Izzara’ – Ramli MS

    Sumber: Harian Metro

    The post Nama Miera Liyana Tercalar, Mohon Bekas Madu Jangan Tunggang Nama Untuk Publisiti – ‘Saya Pernah Menang Anugerah…’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah