27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nak Menang RM500 & Wajah Terpampang Satu Malaysia? Jom Sertai Kempen Foto Hari Raya Paling Menarik 2026!

    Shopee Sale

    Susulan sambutan luar biasa pada tahun 2025, Big Tree Outdoor, peneraju pasaran industri pengiklanan luaran di Malaysia yang juga anak syarikat milik Media Prima Berhad, kini kembali dengan kempen Raya, Foto Hari Raya Paling Menarik.

    Artikel Berkaitan: Kongsi ‘Foto Hari Raya Paling Menarik’ Dapat Duit RM500! Detik Istimewa Aidilfitri Bakal Terpapar Di Papan Iklan Big Tree

    Big Tree nak bagi duit raya!

    Kempen yang akan berlangsung dari 28 Februari hingga 29 Mac 2026 ini sekali lagi mengajak rakyat Malaysia untuk meraikan musim perayaan dengan berkongsi detik bermakna serta keberkatan.

    Slogan ‘Berkat Dikongsi, Bahagia Dirasai’ menyimpulkan momen berharga sewaktu Hari Raya, di mana keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk berkongsi juadah, gelak tawa yang membawa kebahagiaan sebenar.

    Dengan mengalu-alukan khalayak ramai untuk menghantar gambar Raya mereka yang paling bermakna, kempen ini menggunakan papan iklan digital sebagai medium untuk menyemarakkan rasa perpaduan dan meraikan keceriaan di Hari Raya bersama rakyat Malaysia.

    Berdasarkan kejayaan inisiatif tahun lalu, Foto Hari Raya Paling Menarik 2026 meneruskan komitmen Big Tree dalam memupuk semangat kebersamaan dan penglibatan komuniti melalui kuasa penceritaan serta media DOOH.

    Ketua Pegawai Operasi Big Tree, Muhamad Fariz Mustafa berkata, membawa kembali kempen ini merupakan satu langkah yang tepat, selepas menerima sambutan perkongsian momen penuh makna yang luar biasa daripada rakyat Malaysia tahun lalu.

    Hari Raya adalah tentang kebersamaan, kesyukuran dan berkongsi. Melalui Foto Hari Raya Paling Menarik 2026, kami berharap sekali lagi dapat menyediakan platform untuk rakyat Malaysia berkongsi momen berharga mereka sambil menyebarkan kebahagiaan dan keberkatan kepada semua.

    Selain itu, 12 pemenang yang dipilih bukan sahaja dapat melihat gambar raya mereka pada papan iklan digital Big Tree, tetapi setiap pemenang juga akan menerima duit raya berjumlah RM500.

    MENARIK:  Sarimah Ibrahim Nasihat Janna Nick Jangan Berhenti Berusaha Dapatkan Zuriat – ‘Saya Umur 41 Tahun Melahirkan Anak’

    Selaras dengan semangat berkongsi keberkatan, Big Tree turut akan menyumbang RM200 atas nama setiap pemenang kepada ‘Media Prima-NSTP Humanitarian Fund’

    Bukan hanya sekadar sebuah pertandingan fotografi, Foto Hari Raya Paling Menarik 2026 mengubah momen peribadi menjadi pengalaman bersama.

    Gambar Raya yang terpilih akan dipaparkan pada papan iklan digital Big Tree selama dua minggu, dari 6 hingga 19 April 2026, sekali gus menghidupkan suasana perayaan di ruang bandar.

    Kempen Foto Hari Raya Paling Menarik 2026 ini turut selari dengan tema #SamaSamaBerkat oleh Media Prima bagi Ramadan Raya 2026, yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghayati semangat perayaan serta berkongsi keberkatan antara satu sama lain, demi mencipta kenangan indah yang kekal sepanjang hayat.

    Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari http://www.bigtree.com.my atau ikuti Big Tree di media sosial Facebook dan Instagram di @bigtreeoutdoormy. Mari bersama-sama memeriahkan Hari Raya dengan berkongsi kenangan dan beramal!

    The post Nak Menang RM500 & Wajah Terpampang Satu Malaysia? Jom Sertai Kempen Foto Hari Raya Paling Menarik 2026! first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah