27 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nak Masakan Jadi Lembut & Sedap? Jom Kenali Bahagian Daging Lembu

    Shopee Sale

    Pemilihan bahagian daging lembu yang sesuai sangat penting bagi menentukan rasa, tekstur dan hasil sesuatu masakan. 

    Artikel Berkaitan: Boleh Ke Guna Daging Korban Untuk Majlis Kenduri? Mufti Jelaskan Hukumnya

    Artikel Berkaitan: Rahsia Rebus Daging Korban Cepat Empuk, Ini Teknik Mudah & Berkesan

    Jenis-jenis daging

    Setiap potongan mempunyai ciri tersendiri, sama ada lembut, berlemak atau memerlukan tempoh masakan yang lebih lama untuk menjadi empuk.

    Batang pinang merupakan antara bahagian paling lembut dan sesuai untuk masakan ringkas seperti daging masak merah, black pepper dan daging bakar. 

    Daging pejal pula lebih serbaguna dan sering digunakan dalam rendang, kurma, sup serta masak lemak kerana teksturnya yang seimbang.

    Bagi penggemar masakan berkuah, ekor lembu dan tulang sering menjadi pilihan kerana mampu menghasilkan kuah yang lebih pekat, kaya rasa dan beraroma. 

    MENARIK:  [VIDEO] Khairul Aming Respon Kenapa Tak Promosi Pelancongan Dalam Negara – ‘Bila Ke Luar Negara, Saya Bawa Nama Malaysia Bersama’

    Bonggol pula sesuai dimasak dalam kuah pekat seperti kari atau masak hitam kerana kandungan lemaknya yang menambahkan rasa masakan.

    Rusuk atau ribs terkenal dengan teksturnya yang lembut dan berjus selepas dimasak lama, manakala tetel pula digemari dalam gulai dan sup kerana campuran lemak serta tisu penghubungnya menjadikan kuah lebih sedap.

    Selain itu, perut lembu juga mempunyai peminat tersendiri dan biasanya dimasak lemak, kari atau sup selepas direbus sehingga lembut.

    Memahami jenis potongan daging lembu dapat membantu menghasilkan masakan yang lebih sedap, lembut dan menepati jenis hidangan yang ingin disediakan.

    Sumber: RASA

    The post Nak Masakan Jadi Lembut & Sedap? Jom Kenali Bahagian Daging Lembu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah