29.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    GXBank Genap 2 Tahun! Ini Data Terbaru Yang Beri Impak Besar & Banyak Bantu Rakyat Malaysia!

    Shopee Sale

    GXBank baru sahaja menyambut ulang tahun kedua, dan tahun ini mereka bawa sesuatu yang lebih bermakna daripada sekadar sambutan, ia adalah laporan penuh data tentang bagaimana bank digital ini benar-benar mengukuhkan ketahanan kewangan lebih 1 juta rakyat Malaysia.

    Ini bukan angka kecil. Dalam masa dua tahun, GXBank menunjukkan bahawa teknologi dan akses kewangan yang lebih inklusif boleh menghasilkan impak ketara dalam kehidupan harian rakyat biasa.

    Rakyat Malaysia jana RM24 juta faedah dalam setahun melalui simpanan sahaja

    Salah satu pencapaian paling ketara ialah bagaimana rakyat Malaysia berjaya menjana RM24 juta dalam faedah (interest) secara kolektif dalam masa satu tahun sahaja.

    Ini berlaku kerana:

    • faedah dikira secara harian,
    • kadar kompetitif,
    • tiada syarat rumit,
    • tiada caj tersembunyi.

    Hasilnya, simpanan harian pelanggan berkembang lebih cepat berbanding akaun tradisional menjadikan GXBank platform simpanan yang membantu rakyat tingkatkan ketahanan kewangan tanpa sebarang halangan.

    RM25 Juta disalurkan kepada usahawan mikro, kecil & sederhana (PMKS)

    Selain membantu orang ramai menyimpan, GXBank juga memperkukuhkan ekonomi kecil negara dengan menyalurkan RM25 juta pembiayaan kepada PMKS di seluruh Malaysia.

    Melalui GX Business Banking, pemilik bisnes boleh:

    • buka akaun dan mohon pinjaman dalam kurang 8 minit
    • nikmati proses 100% digital
    • terima modal dengan pantas
    • urus pinjaman dengan lebih fleksibel

    Ini membantu memudahkan akses modal kepada peniaga kecil, khususnya mereka yang memerlukan proses pembiayaan yang lebih pantas dan fleksibel.

    Menariknya, sempena penawaran semasa Perbankan Bisnes GX, peniaga juga boleh menikmati kadar faedah 3.00% p.a. dikira secara harian ke atas simpanan akaun bisnes, selain 0% faedah untuk bayaran balik pinjaman pada bulan pertama sekaligus memberikan ruang pernafasan tambahan kepada peniaga ketika mengurus aliran tunai.

    Lebih daripada 60% pembiayaan FlexiCredit digunakan untuk kecemasan sebenar

    Data GXBank juga menunjukkan bagaimana perkhidmatan mereka menjadi “safety net” kepada ramai rakyat Malaysia.

    MENARIK:  Netizen Mendakwa Bella Astillah Ada Masalah Percaya Diri, Jangan Takut Dengan Penyondol Tetapi Takut Dengan Suami Sendiri

    Lebih daripada 60% daripada semua pengeluaran FlexiCredit digunakan untuk kecemasan seperti bil hospital mengejut dan pembaikan kerosakan kereta, manakala hampir 50% menggunakannya untuk perbelanjaan harian.

    Data GXBank juga menunjukkan bagaimana perkhidmatan mereka menjadi “safety net” kepada ramai rakyat Malaysia.

    Ini membuktikan GXBank benar-benar memainkan peranan membantu golongan yang mungkin tak layak atau sukar mendapatkan bantuan kecemasan daripada bank lain.

    GXBank direka untuk rakyat, dibina atas kepercayaan & ketelusan!

    Barisan rakan kongsi GXBank bersama pengurusan tertinggi Bank tersebut

    Dalam masa dua tahun, GXBank bukan sekadar tumbuh dari segi jumlah pelanggan, tetapi juga mendapat kepercayaan tinggi rakyat Malaysia kerana pendekatan mereka yang telus dan mesra pengguna.

    Antara yang membezakan GXBank:

    • Aplikasi yang simple dan mudah digunakan
    • Pengurusan kewangan harian yang lebih jelas dan tak mengelirukan
    • Notifikasi real-time yang bantu kawal cashflow
    • Tiada caj pelik atau syarat yang “tersembunyi”

    Dan seperti semua bank berlesen, deposit di GXBank dilindungi PIDM sehingga RM250,000 bagi setiap depositor, memberikan rasa selamat kepada pelanggan baru dan lama.

    Nak tengok sendiri macam mana GXBank bantu rakyat Malaysia? Jom explore lebih lanjut!

    GXBank berkongsi semua data ulang tahun ke-2 ini sebagai bukti bahawa bank digital mampu memberi impak ketara kepada kehidupan rakyat.

    Kalau korang nak ketahui lebih banyak tentang servis, manfaat dan inovasi GXBank termasuk bagaimana mereka menyokong simpanan harian, kecemasan dan peniaga kecil, korang boleh rujuk press kit lengkap atau terus cuba melalui aplikasi GXBank.

    The post GXBank Genap 2 Tahun! Ini Data Terbaru Yang Beri Impak Besar & Banyak Bantu Rakyat Malaysia! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah