Penyanyi, Nabila Razali mengakui berasa kesal selepas menimbulkan pertanyaan mengenai maksud sebenar perkataan ‘kacip’ di media sosialnya.
Artikel Berkaitan: ‘Setiap Langkah Jadikan Kita Lebih Kuat’ – Nabila Razali Kejar Cinta & Cita-Cita Di Dapur, ‘Me.N.U’ Bukan Sekadar Drama
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Tegur Netizen Yang Gemar Cari Salah Orang Lain – ‘Buat Baik Pun Kena Kecam?’
Maksud ‘kacip’

Ketika ditemui , pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali berkata dia sememangnya tidak mengetahui maksud sebenar perkataan itu.
Bagaimanapun, perkongsiannya itu telah disalah erti oleh segelintir netizen hingga memberi tanggapan buruk kepada dirinya.
Sebenarnya saya memang tidak tahu sebab itu saya tanya.
Bila dah tahu jawapan, saya mempersoalkan diri semula.
Nabila berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran single terbaharu #BalasBaik di Dewan Platinum Melati, UiTM Shah Alam pada malam Rabu.
Kata Nabila, dia kini sudah mengetahui maksud sebenar perkataan itu selepas membaca penjelasan segelintir netizen.
Dalam pada itu, Nabila juga memohon maaf kepada orang ramai sekiranya perkongsiannya itu mengajak pengikut untuk melakukan perkara tidak baik.
Erti perkataan itu memang tidak bagus tapi saya faham sekarang ada dua terma yang kita gunakan, satu lagi Dewan Bahasa dan Pustaka dan kedua ialah terma daripada media sosial.
Saya nak minta maaf juga sekiranya perkara itu mengundang tanggapan yang negatif terhadap pengikut saya.
Saya betul-betul tidak tahu sebab itu saya tanya. Saya fikir perkongsian itu untuk gelak-gelak saja.
Terdahulu, Nabila menuai perhatian apabila memuat naik hantaran bertanyakan maksud sebenar perkataan ‘kacip’ yang semakin tular digunakan di media sosial.
The post Nabila Razali Menyesal Tanya Maksud Sebenar ‘Kacip’ – ‘Saya Memang Tidak Tahu’ first appeared on OHBULAN!.





