27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabila Razali Dipuji Berbakat Dalam Lakonan – ‘Power, Bukan Kategori Kayu’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali menerima pujian ramai atas bakat lakonannya yang dikatakan penuh penghayatan, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Rai Hari Lahir Peminat, Penuhi Hasrat Pesakit Leukemia – ‘Saya Cuba Jadi Sahabat Syurga Awak’

    Artikel Berkaitan: ‘Kelakar Bila Orang Menilai Nyanyian Berdasarkan Kehidupan Peribadi, Bukan Pada Suara’ – Nabila Razali

    Berbakat

    Menerusi perkongsian di Threads, individu dengan nama Fairus itu menyatakan lakonan Nabila sangat natural walaupun bakat asalnya adalah dalam bidang nyanyian.

    Dah lama perasan, Nabila Razali ni lakonan dia power juga dan bukan kategori kayu.

    Mula perasan lakonan dia bagus ketika dia berlakon cerita petang-petang untuk iklan syampu dahulu.

    Tidak hanya itu, individu tersebut berkongsi pandangan bahawa lakonan Nabila juga lebih bagus daripada kebanyakan pelakon.

    MENARIK:  Noki K-Clique Dalam Proses Perbaiki Diri, Mohon Doa Agar Istiqamah – ‘Banyak Petanda Besar Kita Nampak, Saya Takut Dengan Apa Yang Berlaku’

    Fairus turut berseloroh menyatakan pelantun lagu Peluang Kedua itu sepatutnya menumpukan bakatnya dalam bidang lakonan, bukan nyanyian.

    Bila tengok cerita tu, terdetik Nabila patut fokus berlakon daripada menyanyi sebab lakonan dia lagi bagus dari sesetengah pelakon yang memang berlakon saja.

    Perkongsian itu kemudian menyorot perhatian orang ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan kenyataannya.

    Terdahulu, nama Nabila menjadi bualan hangat di media sosial selepas menunjukkan lakonan yang memuaskan dalam drama siri Sesaat Lebih bersama Alvin Chong dan Haziq Hussni.

    Sumber: Threads

    The post Nabila Razali Dipuji Berbakat Dalam Lakonan – ‘Power, Bukan Kategori Kayu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah