30.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabila Huda Perjelas Projek Jual Pasta Hanya Mengisi Masa Lapang, Bukan Syarikat Besar & Cari Untung – ‘Ramai Cari Salah, Pakaian Pun Jadi Isu’

    Shopee Sale

    Pelakon, Nabila Huda tampil bersuara selepas segelintir pihak mengkritik dirinya yang didakwa tidak mengikut prosedur serta piawaian penyediaan makanan yang betul ketika berniaga menerusi projek jelajah Amore in Cucina.

    Artikel Berkaitan: ‘Nabila Huda Sangat Berbakat, Miliki Aura Pentas Yang Kuat’ – Puteri Aishah

    Bisnes suka-suka

    Menerusi hantaran di Threads, Nabila, 42, menjelaskan bahawa projek tersebut bukanlah sebuah perniagaan besar, sebaliknya dilakukan secara santai untuk berjumpa peminat serta berkongsi hasil masakan secara sederhana.

    Rasanya saya perlu jelaskan sebab ramai yang terlalu ‘over analyse’ fasal jelajah Amore in Cucina. Pertama sekali ini bukan bisnes besar dan bukan restoran, bukan juga festival makanan.

    Ini bukan syarikat besar yang ada pasukan, ketua cef dan staf yang berpuluh. Ini macam masakan rumah yang kita masak dekat rumah dan kongsi dengan sesiapa yang mahu rasa masakan saya. Jelajah ini bukan sebab duit.

    Menurut Nabila lagi, projek tersebut lebih kepada aktiviti peribadi yang dilakukan dengan penuh keikhlasan, selain tidak menjadikan keuntungan sebagai matlamat utama.

    Yang kenal saya tahu, selama 42 tahun hidup, karier sebagai pelakon tetap nombor satu dalam hidup. Jual makanan ini hanya suka-suka. Buat ikhlas dari hati sebab saya nak berjalan jumpa orang yang sokong saya dan rasa masakan.

    Setiap lokasi yang saya berhenti, saya hanya jual 50 bekas sahaja. Sos yang saya buat saya jual 150 hingga 200 botol sahaja.

    Semua saya buat sendiri dengan tenaga. Nak kata untung besar memang tak. Minyak kereta, tol, hotel, barang dapur, bahan-bahan dan sewa caravan.

    Jujur saya kata itu semua lebih daripada hasil jualan pasta. Tapi tak perlu saya jelaskan bab modal. Saya buat sebab seronok tengok orang datang sokong masakan saya dan ajak berborak.

    Dalam pada itu, Nabila turut meluahkan rasa kecewa apabila bukan sahaja perniagaan, malah penampilannya juga turut menjadi bahan kritikan netizen.

    Yang saya pelik kenapa ramai sangat cari salah saya? Sampai pemakaian pun jadi isu. Yang kecam ini expect saya pakai jubah ke? Saya bukan buka restoran, hanya pop up store sahaja.

    Kadang sedih juga bila benda yang dibuat dengan ikhlas bertukar jadi benda orang kecam every single thing. Saya tak kacau hidup orang. Tak faham kenapa ada yang mata merah sangat tengok kita nak seronok sokong saya.

    Mengakhiri perkongsiannya, Nabila menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu sibuk menilai kehidupan orang lain.

    Saya bukan seorang yang hipokrit. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Your time will come soon. Cuma agaknya lambat sikit sebab perangai busuk hati itu lah lambat rezeki nak masuk sebenarnya.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Lim Mei Fen Dedah Fattah Amin Pandai Jaga Jarak & Batas Di Set Penggambaran – ‘Semoga Allah Permudahkan Urusan Kamu’

    The post Nabila Huda Perjelas Projek Jual Pasta Hanya Mengisi Masa Lapang, Bukan Syarikat Besar & Cari Untung – ‘Ramai Cari Salah, Pakaian Pun Jadi Isu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah