Kalau korang pergi Karnival Jom Heboh (KJH) dekat Stadium Negeri Pulau Pinang hari tu, mesti perasan satu reruai yang paling meriah iaitu MyInvois HASiL!
Tiga hari berlangsung, tiga hari jugalah reruai ni tak pernah sunyi. Ramai pengunjung singgah sebab nak tahu lebih lanjut pasal inisiatif e-Invois, siap boleh try sendiri dekat booth.
Lagi best, siapa tunjuk bukti permohonan e-Invois dan muat turun aplikasi MyInvois boleh dapat hadiah eksklusif tau. Memang sporting gila!
Reruai paling santai & interaktif, ramai yang singgah!

Suasana dekat reruai MyInvois memang lain macam. Konsep santai, banyak aktiviti interaktif, siap ada demo Portal MyInvois dan MyInvois e-POS yang korang boleh cuba sendiri. Ha… pengunjung bukan datang tengok je, tapi hands-on dan terus faham macam mana sistem e-Invois ni bantu mudahkan urus niaga harian.
Lagi syok, ada penampilan selebriti TV3 seperti Fedtri Yahya, Fahiz Afif, Neesa Khir dan Shafiq Adnan yang sempat beramah mesra dengan pengunjung. Memang penuh vibes Jom Heboh!
Bukan tu je, mereka juga dekati rakyat dengan cara fun & mudah faham!

HASiL ambil pendekatan yang sangat dekat di hati rakyat dengan aktiviti yang tak formal dan tak complicated. Hanya hiburan, penerangan ringkas dan aktiviti santai.
Melalui sesi interaktif ni, orang ramai lebih mudah faham kenapa e-Invois ni penting untuk masa depan perniagaan di Malaysia iaitu lebih cekap, lebih telus dan lebih moden, selaras dengan transformasi digital negara.
Selain itu, ada aktiviti untuk semua peringkat umur. Kanak-kanak ada permainan, dewasa boleh jawab kuiz. Memang lengkap dan seronok sangat!
e-Invois semakin difahami & diterima ramai peniaga kecil
Sambutan hangat di reruai MyInvois membuktikan kesedaran rakyat, terutama peniaga kecil dan usahawan tempatan. Ramai yang datang bertanya cara daftar, cara guna Portal MyInvois serta MyInvois e-POS, dan apa manfaat sebenar sistem ini dalam urus niaga harian.
Menariknya, mereka yang sudah mencuba kedua-dua platform HASiL itu bersetuju ia mudah digunakan, lebih kos efektif, dan sangat membantu pembayar cukai yang layak.
Sepanjang tiga hari karnival, pendekatan santai dan interaktif di reruai juga berjaya mengubah persepsi masyarakat menjadikan HASiL dilihat lebih mesra, dekat dengan rakyat dan sentiasa bersedia membantu.
Untuk korang yang mungkin masih tertanya-tanya apa sebenarnya MyInvois ni dan macam mana ia bantu peniaga, meh kami explain sikit…

Apa sebenarnya MyInvois?
MyInvois ialah platform e-Invois yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) untuk memudahkan urus niaga secara digital. Ia membantu peniaga mengurus invois dengan lebih cepat, tepat dan telus dan yang penting, ia PERCUMA untuk pembayar cukai yang layak.
Portal MyInvois dan MyInvois e-POS juga direka mesra pengguna, sesuai untuk peniaga kecil dan usahawan mikro gunakan dalam operasi harian tanpa rumit.
Untuk maklumat lengkap tentang e-Invois dan cara nak mula, korang boleh terus ke laman mikro e-Invois | Lembaga Hasil Dalam Negeri.
The post MyInvois HASiL Jadi Port Paling Happening Di KJH Pulau Pinang! first appeared on OHBULAN!.





