23.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Misya Mazlan Berbicara Akhirnya, Bersedia Untuk Poligami Dengan Marissa Dania? – ‘Menerima Tanpa Benci’

    Shopee Sale



    Misya Mazlan

    Selepas beberapa hari berdiam diri, Misya Mazlan akhirnya bersuara berhubung gosip suaminya, Ahmad Aslam yang dikatakan sudah bernikah dengan Marissa Dania.

    Ajar hati menerima

    Misya Mazlan

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Misya berkata dia mengajar dirinya untuk berlapang dada dan ikhlaskan hati menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.

    Tambahnya, dia mendidik dirinya untuk menerima kenyataan tanpa perasaan benci.

    Semakin ikhlas semakin tenang. Belajarlah untuk berlapang dada, kerana tidak semua yang kita inginkan itu yang terbaik menurut Allah.

    Sesulit apa pun keadaanmu, ajarilah hatimu agar bisa menerima keadaan tanpa membenci.

    Dalam hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus menitipkan doa buatnya.

    Terima kasih untuk doa yang baik dan kata-kata semangat yang indah.

    Terdahulu, kecoh di media sosial apabila anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania dikatakan sudah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

    Sementara itu, kakak ipar kepada Aslam iaitu Nadiah Mazlan ketika dihubungi mengesahkan berita perkahwinan tersebut.

    MENARIK:  Rayu Biaya Kos Buah Pinggang, Wanita Alami Kerugian Hampir RM4 Juta Kena ‘Scam’ Dengan ‘Brad Pitt’

    Abby kemudian memuat naik hantaran di Instagram Story mengatakan dia tidak mengiyakan mahupun menidakkan gosip tersebut.

    Terdahulu, Marissa didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya, Misya Mazlan sehingga pasangan itu hampir bercerai.

    Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.

    Pada November tahun lalu, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah