29 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Michelle Yeoh Sedih Tidak Boleh Hamil – ‘Saya Dah Buat Apa Yang Termampu’

    Shopee Sale



    Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia iaitu Tan Sri Michelle Yeoh berasa sedih kerana tidak berkemampuan untuk hamil.

    Michelle Yeoh sedih

    Memetik laporan portal AsianOne, anak jati Ipoh, Perak ini memaklumkan kekurangan yang ada pada dirinya itu dianggap sebagai satu perkara paling pedih yang berlaku dalam kehidupannya.

    Ini kerana, dia sudah berusaha sedaya upaya untuk hamil sejak perkahwinan pertamanya pada 1988 lagi.

    Barangkali ini perkara paling menyedihkan dalam hidup ini, iaitu saya tidak mampu memiliki anak sendiri.

    Saya tidak hidup dalam penyesalan sebab saya memberi 110 peratus (untuk hamil).

    Saya sudah buat apa yang termampu, namun, kadang kala ia tidak mencukupi.

    Bekas suami mahu ramai anak lelaki

    Lebih memedihkan ialah, kekurangan yang ada pada dirinya ini juga telah membuatkan perkahwinan pertamanya bersama ahli perniagaan yang dikenali sebagai Dickson Poon.

    Kami dah lakukan terbaik untuk memiliki anak namun malangnya, saya tidak mampu.

    Bekas suami mahukan keluarga besar, bukan seorang anak lelaki tetapi dua atau tiga orang sebagai pewaris.

    Bercakap mengenai kerjayanya sebagai seorang pelakon, Michelle tidak dapat terbayang bagaimana pengorbanan seorang pelakon yang perlu mengimbangi kerjaya mereka dan dalam masa yang sama perlu menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu.

    Saya tidak tahu bagaimana wanita yang dalam profesion sama seperti saya bergelut dengan berbadan dua, memiliki anak dan kembali bekerja.

    Saya tidak mampu buat banyak perkara dalam satu masa.

    Sekadar info, Michelle menyedari dirinya tidak mampu untuk mengandung sewaktu mendirikan rumah tangga dengan Dickson Poon selama lima tahun pada 1988 hingga 1992.

    MENARIK:  Guru Diperdaya Kekasih Asal Korea, Filem 'Oppa' Love Scam Adaptasi Kisah Sebenar

    Michelle kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan iaitu Jean Henri Todt pada 2023.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah