25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Michael Ang Tegur Jangan Jadi ‘Bitter’, Cik Epal Respon – ‘Saya Tak Menyalak Sibuk Ulas Kes Orang Lain’

    Shopee Sale



    Pengarah dan penerbit sensasi, Michael Ang menegur tindakan seorang pempengaruh wanita dipercayai, Cik Epal yang secara terbuka mengutuk bekas suaminya di media sosial selepas lelaki itu mendirikan rumah tangga semula.

    Teguran Michael Ang

    Menerusi hantaran di laman media sosial, Michael menyelar sikap Cik Epal yang dilihat terlalu emosi dan tidak menjaga kata-kata.

    Korang ada tengok tak kat tik tok ada satu janda asyik buat video pasal ex dia. Kutuk kaw kaw punya. And now ex wife wish dengan bitter sekali kat ex dia yang baru kahwin. Mulut dia ya rabbi aku pun angkat tangan mengaku kalah!

    Michael turut menegur penggunaan bahasa yang tidak sopan termasuk memanggil ibu tiri anak-anaknya dengan gelaran ‘bibik’.

    Seburuk-buruk perangai aku tak la aku panggil orang bibik dekat bakal mak jugak dekat anak-anak kau. Dari kes-kes ni kita dah boleh nampak lelaki Malaysia takut kahwin sebab terlalu banyak perempuan bitter sampai macam tu.

    Michael juga berpendapat bahawa sebarang isu selepas perceraian wajar ditangani dengan matang dan bermaruah. Bukannya dengan melemparkan kata-kata buruk dan membuka aib pihak lain di media sosial.

    Satu nasihat la dah kena ganti atau cerai terima aje dan move on aje la. Cakap-cakap banyak makes you all look like a bitter dumb bit*h.

    Lagi baik angkat kaki dengan megah and proof dia buat pilihan salah! Apa yang korang buat, tulis semuanya kekal di Internet selama-lamanya.

    Malu doh anak-anak you all Nanti! Mesti kena carut dekat sekolah dengan kawan-kawan ada mak ting tong macam ni!

    Menurutnya, tindakan seperti itu bukan sahaja memalukan diri sendiri, malah boleh memberi kesan buruk kepada anak-anak.

    MENARIK:  [VIDEO] Kieda Crepe Ada Sebab Pilih Hospital Kerajaan Untuk Bersalin – ‘Layanan & Wad Sangat Selesa’

    Cik Epal respon

    Sementara itu, di aplikasi Threads, Cik Epal tampil memberi komen balas terhadap hantaran yang dikongsikan oleh Michael berkaitan dirinya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah