25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menjaga Hak Orang Adalah Wajib, Kelewatan Bayar Caruman KWSP Pekerja – Shuib Sepahtu Dituduh Masih Melakukan Perkara Haram

    Shopee Sale



    Sebelum ini, usahawan berjaya iaitu Shuib Sepahtu mengakui syarikat jenama minuman miliknya, Bubble Bee culas membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) namun memaklumkan sudah pun menyelesaikan isu tersebut.

    Namun begitu, nama pelawak itu sekali lagi menjadi bualan hangat apabila didakwa masih lagi belum diselesaikan.

    Masih belum settle?

    Menerusi hantaran yang dimuat naik pengguna TikTok bernama @penuntutkeadilan, dia mendakwa bahawa Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad masih belum melunaskan bayaran KWSP pekerja syarikat Bubble Bee yang tertunggak.

    Dakwa individu tersebut, caruman KWSP yang tertunggak adalah dari tahun 2022 hingga tahun 2023.

    Hutang KWSP dari tahun 2022 sampai 2023 belum lagi dilangsaikan. Kat dunia ini boleh lah terlepas tapi bukan kat akhirat nanti.

    Jangan ambil hak orang, yang haram tetaplah haram. Semoga orang orang yang berkenaan mendapat hidayah daripada Allah SWT.

    Dalam pada itu, usaha untuk mendapatkan respon Shuib juga tidak berjaya kerana pelawak berusia 39 tahun itu gagal dihubungi.

    Komen netizen

    Sementara itu, hantaran tersebut turut mendapat perhatian sebahagian individu yang mendakwa diri mereka bekas pekerja serta pekerja Bubble Bee.

    MENARIK:  Datuk Red Disangka Bakal kehilangan Adira Suhaimi dan Isteri Pertamanya - Hanya Kebetulan

    Menurut mereka, dakwaan yang dimuat naik individu berkenaan adalah benar kerana mereka juga menerima nasib yang lebih kurang sama.

    Terdahulu, tular di laman TikTok apabila seorang individu mendakwa syarikat Bubble Bee tidak membayar caruman KWSP pekerja sejak awal tahun 2023.

    Bukan itu sahaja, individu tersebut turut mendakwa berlakunya kelewatan pembayaran gaji serta elaun kerja lebih masa pekerja Bubble Bee.

    Namun, Shuib kemudiannya melakukan sidang media bagi menjelaskan perkara ini dan meluahkan rasa syukur selepas isu caruman KWSP pekerjanya itu berjaya diselesaikan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah