29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mawar Rashid Pakai ‘Short Skirt’ Ketika Bersukan, Netizen Doa Agar Kembali Menjaga Aurat – ‘Semoga Diberi Hidayah’

    Shopee Sale

    Imej pelakon, Mawar Rashid sentiasa menjadi perhatian wargamaya selepas keputusannya untuk kembali tidak bertudung.

    Artikel Berkaitan: ‘Sekarang Saya Dapat Rasa Yang Saya Semakin Ceria, Positif & Bahagia’ – Mawar Rashid

    Artikel Berkaitan: Mawar Rashid ‘Terdiam’ Dalam Lagu

    Makin seksi

    View this post on Instagram

    A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memuat naik beberapa foto yang memaparkan dirinya ‘posing’ dari pelbagai sudut.

    Pelakon drama Nikmat Hanya Sesaat itu dilihat mengenakan pakaian sukan seperti skirt pendek dan baju ketat ketika melakukan sukan tenis tersebut.

    Bagaimanapun, gaya penampilannya itu dianggap agak keterlaluan, apatah lagi dengan statusnya sebagai ibu tunggal kepada tiga orang cahaya mata.

    Mula jatuh cinta dengan tenis.

    Netizen sakit mata

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kecewa dengan imej pelakon berusia 30 tahun itu yang mencolok mata. Selain itu, warganet menitipkan doa agar Mawar kembali istiqamah menutup aurat.

    MENARIK:  [VIDEO] Uyaina Arshad Penuhi Permintaan Netizen, Gayakan Guni Beras, Baldi & Tudung Saji – ‘Pakai Apa Pun Cantik!’

    Imbas kembali, Mawar mula bertudung pada Ogos 2020 selepas menyertai kelas agama di Kelantan.

    Pada Oktober 2023, Mawar mengambil keputusan untuk membuka hijab sepenuhnya setelah berusaha untuk kekal istiqamah.

    Untuk rekod, Mawar pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Raf Yaakob pada November 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada November 2023 atas dasar tiada lagi persefahaman.

    Sumber: Instagram @mawarashid

    The post Mawar Rashid Pakai ‘Short Skirt’ Ketika Bersukan, Netizen Doa Agar Kembali Menjaga Aurat – ‘Semoga Diberi Hidayah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah