28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mas Khan Berang Didakwa Pernah Pukul Bekas Kekasih & Rembat Duit A Aida – ‘Bapa Aku Tak Pernah Ajar Pukul Perempuan’

    Shopee Sale



    Mas Khan

    Pelakon Mas Khan meluahkan rasa berang terhadap seorang individu yang menuduhnya pernah memukul bekas kekasihnya.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Netizen Kecam Mas Khan Sambut Halloween, Pakai Pakaian Wanita Siap Berambut ‘Blonde’ – ‘Kau Islam Hanya Pada Surat Beranak’

    Fitnah!

    Mas Khan

    Menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah, pemilik nama lengkap Mas Hidzhir Khan menegaskan dia tidak pernah ‘mengangkat tangan’ dengan mana-mana wanita seperti didakwa.

    Aku rasa akulah orang yang paling tak ambil kisah apabila netizen fitnah aku. Tetapi kali ini sudah cukup melampau apabila ada mamat (lelaki) fitnah aku pernah pukul perempuan.

    Kau boleh tanya bekas kekasih aku, pernah ke aku angkat tangan? Bapa aku tak pernah ajar aku pukul perempuan. Memang melampau.

    Mas Khan meluahkan rasa kesalnya itu menerusi sebuah hantaran video pendek di Instagram Story miliknya.

    Dalam pada itu, anak kelahiran Melaka ini berkata dia mempunyai segala bukti untuk mendakwa pemfitnah tersebut.

    Aku ada semua bukti komen yang pernah komen buruk. Semua screenshoot korang dah ada. Ini fasa maruah, kau tunggu. Kau sabar, aku kena ajar orang yang siber buli macam ini.

    Sementara itu, Mas Khan turut memuat naik skrin tangkap layar memaparkan komen fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

    MENARIK:  ‘Mana Ada Dalam Dunia, Suami Muntah Darah Isteri Buat Bodoh Saja’ – Ustaz Kazim

    Selain mendakwa pernah memukul wanita, pemfitnah tersebut juga mendakwa aktor itu pernah ‘merembat’ duit pengarah dan penerbit Datuk A Aida.

    Tambahkan (tajuk artikel) dengan kaki pukul pasal pukul mak orang (Diana Nasimuddin) dengan kaki kelepet wang pasal rembat duit mak orang (A Aida). Nak acah ganster dengan aku pula, dah la pukul perempuan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah