25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Beego Kongsi Momen Makan Malam Bersama Linda Hashim & Anak-Anak

    Shopee Sale

    Hantaran terbaharu yang dikongsikan oleh pelakon Beego di media sosialnya telah meraih perhatian warganet.

    Artikel Berkaitan: Melecur Terkena Air Panas, Anak Linda Hashim Masuk Hospital – ‘Doakan Kesembuhan Untuk Anggun Cassandra’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pakai Tudung, Kenapa Daddy Expose Sekarang?’ – Anak Tegur Beego ‘Upload’ Video Lama

    Makan malam bersama

    Menerusi perkongsian di TikTok, Beego atau nama sebenarnya Aszerul Nizam Abdullah, 45, meluahkan rasa syukur apabila dia dapat mengabdikan momen makan malam bersama isteri, Linda Hashim serta anak-anak.

    Difahamkan makan malam itu adalah bersempena meraikan anak kedua mereka iaitu Anggun Cassandra yang telah dibenarkan untuk keluar daripada hospital selepas mengalami lecur akibat terkena air panas.

    Selepas setahun, terima kasih Allah.

    Dinner on Anggun hospital discharged.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut gembira melihat hubungan baik di antara pasangan pelakon itu meskipun mereka sedang berdepan dengan isu keretakkan rumah tangga.

    MENARIK:  Netizen Melancarkan Petisyen untuk Meminta DJ Lin Meletakkan Jawatannya - 'Kami Percaya Beliau Sudah Tidak Relevan'

    Sekadar info, Linda telah memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman pada awal Januari lalu.

    Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini bercerai talak satu sebelum sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023.

    Linda turut mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.

    Sumber: TikTok Beego

    The post Beego Kongsi Momen Makan Malam Bersama Linda Hashim & Anak-Anak first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah