Pempengaruh media sosial Indonesia, Yuka sekali lagi menyorot perhatian selepas memuat naik satu tangkap layar perbualan WhatsApp bersama, Aya Balqis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yuka Perjelas Sudah Lama ‘Break’, Tiada Perasaan Buat Aya Balqis – ‘Mungkin Dia Rasa Hubungan Kami Istimewa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Curang Bersama Jule, Yuka Mengaku Tukar ‘Contact Number’ Nama Zakie – ‘Saya Mahu Buang Prasangka Buruk Orang ..’
‘Aya, aku salah. Aku minta maaf’

Menerusi hantaran tersebut, Yuka atau nama lengkapnya Yusman Kusuma mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukan sepanjang perkenalan mereka.
Dia juga secara terbuka memohon maaf atas sikap kasar serta kata-katanya sebelum ini yang mungkin telah mengguris hati Aya.
Hello Aya, aku salah. Aku minta maaf, maaf juga kalau selama ini aku pernah berkasar atau bercakap benda yang tak elok.
Sementara itu, Yuka meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana mengenali insan sebaik Aya.
Kalau pasal duit tu, aku tak pernah ada niat buruk pun. Macam mana sekali pun, kita pernah bahagia sama-sama.
Terima kasih sebab dah jadi perempuan paling baik yang pernah aku jumpa.
Semoga sihat selalu dan dimurahkan rezeki.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Yuka.
Mereka berpendapat pempengaruh itu hanya membuat hantaran tersebut kerana bimbang akan kehilangan tawaran kerja serta berdepan dengan gerakan boikot daripada peminat
Terdahulu, Aya mendakwa Yuka telah berlaku curang dan mempunyai hubungan sulit dengan pempengaruh Indonesia, Jule.
Begitu pun, Yuka menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia hanya berkawan dengan Jule.
Malah baru-baru ini, Yuka mendakwa hubungan yang terjalin bersama bekas kekasih, Aya Balqis sudah berakhir sebelum dirinya dituduh curang.
Sumber: TikTok Yuka
The post ‘Maafkan Aku, Terima Kasih Aya Balqis Sebab Jadi Perempuan Paling Baik Yang Pernah Aku Jumpa’ – Yuka first appeared on OHBULAN!.





