31.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Linda Onn Terharu Masih Diingati Ramai – ‘Terus Terasa Nak On Air Balik’

    Shopee Sale



    Bekas penyampai radio terkenal, Linda Onn meluahkan rasa terharu apabila namanya kembali menjadi sebutan netizen untuk kembali bersiaran di corong radio.

    Terasa nak ‘on air’ balik

    Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Linda atau nama lengkapnya Rozlindah Onn memaklumkan bahawa perkara itu membuatkan dirinya terasa seperti mahu kembali ke udara.

    Perkongsian itu dibuat selepas Linda memuat naik hantaran seorang netizen yang berpendapat pelawak tidak sesuai untuk menjadi penyampai radio.

    Individu tersebut juga mengimbau kembali zaman kegemilangan radio yang dibarisi penyampai radio berkaliber seperti Abby Fana, Halim Othman, Faizal Ismail dan termasuklah Linda.

    Lina beri nasihat

    Sementara itu, Linda turut menitipkan nasihat kepada barisan penyampai radio masa kini di Instagram Story (IGs).

    Ujar Linda, mereka perlu berhati-hati dalam setiap perbuatan dan percakapan yang dikhuatiri boleh mengguriskan hati ramai pihak.

    (Zaman) sekarang nak bercakap ke bergurau ke bergerak sikit pun kena hati-hati dengan sekeliling.

    Sikit-sikit nak rakam lepas itu ‘post’.

    Implikasinya ialah kepada orang yang menonton. Adakah mereka dapat terima apa yang mereka tonton?

    Kepada Tangan yang memegang telefon bimbit atau kamera, hati hati. Tangan kita ini boleh menggoncang dunia.

    Hidup ni tak bebas macam dulu dik.

    Terdahulu, tularnya video memaparkan penyampai radio, Azad Jazmin yang dipercayai meniru tarian kavadi, sambil pelawak iaitu Nabil Ahmad menyebut perkataan ‘Vel Vel’ sebelum disusuli gelak tawa.

    MENARIK:  Ibu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies – ‘Sekali Lagi Fitnah Manusia, Kami Maafkan’

    Klip video itu kemudiannya mengundang kritikan kerana ia merupakan satu penghinaan kepada tradisi Hindu.

    Sedar akan kesilapan yang dilakukan, Azad, Nabil dan juga Radin selaku penyampai radio bagi stesen radio berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

    Trio itu kemudiannya disahkan akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah