28.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lim Mei Fen Dedah Fattah Amin Pandai Jaga Jarak & Batas Di Set Penggambaran – ‘Semoga Allah Permudahkan Urusan Kamu’

    Shopee Sale



    Pelakon Lim Mei Fen menyifatkan Fattah Amin seorang aktor yang sangat profesional ketika di set penggambaran.

    Jaga jarak & batas

    Menurut Mei Fen di aplikasi X, Fattah seorang pelakon lelaki yang pandai menjaga jarak dan batas apabila bergandingan dengan pelakon wanita. Tambah Mei Fen, Fattah akan berehat di dalam kereta sekiranya tidak mempunyai babak di lokasi penggambaran.

    Wei Patah Amin, get well soon ya! Dia ni kalau tak ada scene dia, dia akan rehat dalam kereta hitam dia. On set, dia profesional, jaga jarak dan jaga batas. Semoga Allah permudahkan urusan kamu. Take care.

    Sebagai rakan dalam industri, Mei Fen berharap segala urusan Fattah dipermudahkan.

    Sah cerai

    Semalam, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.

    MENARIK:  Wani Kayrie Buat Kejutan Nyanyi Lagu ‘Cak Cak Cekuk’ Untuk Pelajar ‘Human Graphic’

    Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah