30.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lan Solo Kecewa, Usaha Berdamai Dengan Rody Kristal Tak Berhasil – ‘Saya Dah Ketepikan Ego, Nak Jalin Kembali Ukhwah’

    Shopee Sale

    Penyanyi Lan Solo mengakui terkilan dan kecewa apabila usahanya untuk berdamai dengan gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody tidak membuahkan hasil.

    Artikel Berkaitan: Kristal Raikan 25 Tahun, Bakal Satukan Semua Ahli Dalam Konsert Paling Epik

    ‘Dia adalah orang pertama saya rujuk’

    Ketika ditemui , Lan atau nama lengkapnya Muhammad Razlan Mohamed Yusof, 40, memaklumkan bahawa Rody merupakan individu pertama yang dia hubungi selepas ditawarkan untuk menganjurkan konsert Kristal OG 2026 – 25 Years Journey pada 1 Mei nanti.

    Selepas dapat tawaran itu, memang dia (Rody) adalah orang pertama saya rujuk. Saya nak berjumpa dan saya nak cerita segala-galanya. 

    Lepas dapat nombor telefon daripada Acap (adik Rody), saya cuba call, tak berangkat. Jadi saya WhatsApp, perkenalkan diri dan ajak jumpa untuk berbincang.

    Tetapi, macam-macam alasan diberikan termasuklah sibuk dan perlu menjaga anak.

    Ujar Lan lagi, dia juga sudah mengetepikan ego demi menjernihkan semula hubungan yang renggang. Namun usahanya untuk membawa Rody bersama-sama ahli kumpulan Kristal yang lain ke pentas Konsert Kristal OG 2026 – 25 Years Journey tidak kesampaian.

    Saya cuma berniat untuk membetulkan ukhuwah, menjalinkan kembali, menjernihkan kembali macam dulu-dulu. 

    Niat nak berkongsi manfaat yang baik-baik sebab ramai yang minta kerjasama ni. Jadi saya pun dah ketepikan ego saya.

    Meski begitu, Lan mengakui dia reda dengan ketentuan yang berlaku dan memilih untuk menghormati keputusan yang telah dibuat.

    Sedikit kecewalah bila keputusan yang diberikan tu tak dapat seperti mana yang kita cuba rancangkan.

    Jadi bila tak berlaku tu belum rezekilah. Tak dinafikan kalau saya kata saya tak kecewa tu, bohonglah kan. 

    Cuma bila dah lama macam ni, saya terpaksa  fokus dan menghormati keputusan yang diberikan. 

    The post Lan Solo Kecewa, Usaha Berdamai Dengan Rody Kristal Tak Berhasil – ‘Saya Dah Ketepikan Ego, Nak Jalin Kembali Ukhwah’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  [VIDEO] Ibu Ameera Khan Nasihat Netizen Jangan Mudah Menilai Orang – ‘Allah Sahaja Yang Boleh Menghukum Manusia’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah