29 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kontroversi Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang Tidak Benar, Hanya Tuduhan’

    Shopee Sale

    Pemuzik dan pempengaruh, Anwar Amzah memilih untuk terus maju ke hadapan dan melupakan kontroversi hubungan cinta yang melibatkan dirinya dengan penyanyi berstatus isteri orang sebelum ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Rasa Dia Sakit, Tak Boleh Terima Perkahwinan Kami’ – Ernie Zakri

    Fitnah dan tuduhan

    Ketika ditemui , Anwar, 27, menyifatkan dakwaan itu hanyalah fitnah yang direka dan dibuat oleh individu yang tidak dikenali.

    Kontroversi itu hanyalah tuduhan dan perkara itu tidak benar sama sekali.

    Saya sangat profesional kalau bekerja.

    Orang yang buat fitnah itu perlu perbaiki diri.

    Saya akan terus melangkah ke hadapan dan saya berkawan dengan semua orang.

    Ketika ditanya sama ada tuduhan tersebut mengganggu karier, Anwar berkata ia sama sekali tidak memberi kesan besar kepada dirinya kerana sama sekali tidak benar.

    Kontroversi itu tidak mengganggu sebab saya masih lagi meneruskan kerja dalam berkarya.

    Saya tidak memikirkan pasal gosip yang melibatkan saya dan tidak akan layan perkara begitu.

    Akan terus berkarya

    Walaupun baru berjinak dalam industri seni, Anwar yakin kontroversi seperti itu tidak menjadi penghalang untuk terus berkarya.

    Kontroversi itu tidak menghalang saya untuk meneruskan karier saya dalam bidang nyanyian dan saya tidak malu dengan perkara itu.

    Apa-apa kontroversi yang datang saya tak akan halang, industri muzik ini sangat kecil.

    Sebelum ini, seorang individu mendakwa Anwar menaruh hati pada penyanyi wanita berstatus isteri orang namun Anwar menegaskan ia hanyalah tuduhan dan menafikan perkara itu.

    MENARIK:  Kuiz: Kenali Jenis Power Korang Dalam Pemilihan Makanan! Jawab Kuiz Ini untuk Mengetahuinya!

    Dalam perkembangan lain, Anwar telah melancarkan single sulung yang berjudul Imaginasi.

    Anwar yang sebelum ini terkenal dengan petikan gitar akustik menampilkan sisi baharunya dalam menjadi penyanyi dan pencipta lagu menerusi lirik lagu albumnya.

    The post ‘Kontroversi Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang Tidak Benar, Hanya Tuduhan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah