23.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Konsert ‘Malam Seribu Tahun’ Membuktikan Imran Ajmain Memiliki Peminat Setia – ‘Saya Adalah Tauladan’

    Shopee Sale



    Imran Ajmain

    Konsert sulung penyanyi dan komposer, Imran Ajmain iaitu ‘Malam Seribu Tahun’ yang berlangsung di KEN TTDI pada malam Jumaat berlangsung dengan penuh meriah.

    Malam Seribu Tahun

    Imran Ajmain

    Persembahan yang bermula tepat pada pukul 9 malam itu dimulakan dengan penuh bergaya apabila Imran muncul dengan lagu berjudul Taurus di hadapan 600 penonton yang hadir.

    Konsert yang berlangsung selama dua jam itu terbahagi kepada beberapa segmen antaranya live band segment 1 & 2, acoustic segment dan full band segment.

    Pada segmen live band 1, penyanyi tinggi lampai kelahiran Singapura itu telah menyampaikan lima buah lagu untaian hits miliknya iaitu Taurus, Intan Dan Perak, Hanya Menari, Di Kalung Kasihan dan Ghaibmu.

    Ketika lagu Di Kalung Kasihan disampaikan, penonton seakan larut dalam lautan kesedihan apabila Imran menyampaikan dengan penuh rasa dan jiwa.

    Selain itu, sebanyak empat buah lagu telah disampaikan pada acoustic segment iaitu Mengaku Kalah, Peluang Kedua, Nada Merindu dan Allah Selamatkan Kamu.

    Tidak lengkap sekiranya lagu Selamat Ulang Tahun Sayang yang kini kembali tular dalam media sosial tidak disampaikan pada malam yang cukup bermakna itu.

    Imran Ajmain

    Paling dinanti-nantikan oleh penonton sudah pasti lagu yang menaikkan nama Imran sehingga dikenali iaitu lagu berjudul Seribu Tahun.

    Saat lagu tersebut dinyanyikan, seisi dewan bagaikan terpukau dan terdiam dek alunan suara Imran yang cukup lunak sekali gus mengimbau kembali zaman kegemilangannya.

    Lagu Seribu Tahun dinyanyikan pada segmen live band 2 dengan beberapa lagu lain antaraya Jika Engkau Pergi, Kekasih Awal Dan Akhir, Apa Salah Beta, Menimbang Rasa, Harapan Kecewa dan Sudah Tu Sudah.

    MENARIK:  Batal Puasa Jika Menggunakan Lipstik? Ustaz Azhar Idrus Menjelaskan Hukumnya

    Imran ketika ditemui usai konsert berkata dia meluahkan rasa syukur dan bangga dengan sambutan yang diberikan oleh peminat.

    Saya tahu diri ini artis yang bagaimana, dengan pengaruh yang tidak berapa besar. Untuk saya bermula dengana showcase yang dihadiri 60 orang kemudian berjaya adakan konsert yang dihadiri 600 saya betul-betul tidak sangka.

    Saya tiada lagu lain yang popular selain lagu Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun Sayang yang orang betul-betul kenal. Yang dekat di hati peminat dua lagu itu sahaja. Saya cuba sedaya upaya setiap tahun dengan lagu baharu tetapi tiada yang melekat.

    Tetapi untuk mereka (peminat) yang sanggup tunggu dan ada untuk saya, saya amat berbesar hati. Mungkin dengan kejayaan konsert ini saya boleh buktikan seseorang penyanyi itu boleh berjaya dan mempunyai pendapatan yang lestari tanpa popular.

    Saya adalah ‘blueprint’ tersebut, saya tiada lagu viral, tiada lagu hits yang menjuarai carta namun masih ada peminat yang ingin mendekati dan hadir ke konsert, sangat berbangga, alhamdulillah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah