31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Konsert Jiwa: Epilog 2024 Bakal Bawa Yuna, Spider, 6ixth Sense & Fabio Asher Sepentas, 80% Tiket Sudah Terjual!

    Shopee Sale



    Selepas membina nama dan jenama yang kuat melalui Konsert Jiwa Kacau dan Jiwa Malaysia, pihak penganjur MND Sport & Events muncul pula dengan sebuah konsert yang dinamakan Konsert Jiwa: Epilog 2024.

    80% tiket sudah terjual

    Konsert yang akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam ini menampilkan empat barisan penyanyi serta kumpulan yang mempunyai lagu-lagu yang dekat di hati para peminat. 

    Konsert Jiwa: Epilog 2024 ini akan membawa penyanyi dari Indonesia Fabio Asher yang terkenal dengan lagu Rumah Singgah, manakala kumpulan Spider dan 6ixth Sense juga akan muncul pada konsert yang akan berlangsung pada 7 Disember itu di Stadium Melawati, Shah Alam.

    Pastinya kemunculan Yuna dalam acara konsert ini antara yang ditunggu-tunggu para peminat. Yuna akan muncul bersama kumpulannya dan bakal mempersembahkan lagu-lagu kegemaran ramai.

    Konsert yang akan berlangsung selama tiga jam itu sudah pun mendapat sambutan yang mengalakkan dari segi jualan tiket. Ternyata 80 peratus tiket sudah terjual sejak 25 September lalu.

    Sentuh hati peminat

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MND Sport & Events, Harith Daniel yakin konsert ini dapat menarik peminat-peminat muzik dengan barisan penyanyi yang hebat.

    Kami sangat berterima kasih dengan para peminat konsert Malaysia terutama mereka yang setia dengan konsert-konsert yang dianjurkan oleh pihak MND Sport & Events.

    Sejak jenama Jiwa Kacau hinggalah ke Jiwa Malaysia dan kini Konsert Jiwa: Epilog 2024, kami sentiasa mendapat sambutan malah komen-komen yang baik untuk penambahbaikan konsert-konsert yang kami adakan.

    Oleh itu, kami muncul dengan Konsert Jiwa: Epilog 2024 yang memberikan anda gabungan persembahan dari penyanyi dan kumpulan yang  kami rasakan mempunyai katalog lagu-lagu yang cukup berjiwa dan menyentuh perasaan peminat yang hadir kelak.

    Tiket-tiket sudah mula dijual dengan harga  RM148 (berdiri), RM 148 CAT 1 (Free Seating), RM 118.00 CAT 2 (Free Seating), RM 88.00 CAT 3 (Free Seating)  dan RM 188.00 VIP (Free Seating) .  

    MENARIK:  Sandal Cik B Harga RM3,700 Disangka Hilang, Rupanya Bibik Pakai – ‘Sampai Jadi Macam Ni’

    Para peminat masih boleh mendapatkan tiket-tiket di laman web:

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah