Satu kejayaan manis buat penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana apabila berjaya menawan Gunung Kinabalu di Sabah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu, Raih Malaysia Book of Records Siaran Radio Tanpa Henti Terpanjang
Fara dan sampai ke puncak
Menerusi perkongsian Hot FM di TikTok, dapat dilihat Fara tersenyum riang selepas berjaya tiba di puncak gunung tertinggi di Malaysia itu pada pagi Rabu.
Kejayaan Fara itu sekaligus menebus kekecewaan dirinya yang gagal mendaki hingga ke puncak bersama tiga lagi penyampai segmen ‘Bekpes Hot’ iaitu Johan, AG dan KJ pada tahun lalu.
Kita share momen Fara Fauzana sampai di Puncak Kinabalu pagi tadi (Rabu).
Korang ingat tak masa Bekpes Hot Tawan Kinabalu tahun lepas, kita ada buat satu video transisi, Johan, AG, KJ dan Fara letak telefon dalam beg di pintu masuk utama Gunung Kinabalu tapi bila buka balik beg hanya Johan, AG dan KJ yang ada.
Hah kali ini kita nak ‘remake’ guys, sebab Fara dah berjaya sampai puncak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan mereka terinspirasi dan menitipkan ucapan tahniah buat Fara yang berjaya sampai ke puncak.
Komen netizen



Sumber: TikTok
The post Fara Fauzana Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu first appeared on OHBULAN!.



You guys ingat tak masa Bekpes Hot Tawan Kinabalu tahun lepas, kita ada buat satu video transition, Jay Jo Ji & Fara letak phone dalam beg di pintu masuk utama Gunung Kinabalu, Timpohon Gate, tapi bila buka balik beg tu, Jay Jo Ji je ada, Fara takde? Haaa kali ni kita nak remake guys, sebab Fara dah berjaya sampai puncak. Nak tengok tak video transition tu versi Fara pun dah sampai di puncak? 
#HotFMNo1 #HotFM #BekpesHot #TerbaikSentiasaHangat #RadioNo1 #KJjadiDJ #AkinabaluFafauKembali #HotFMNo1 #HotFM #BekpesHot #TerbaikSentiasaHangat #RadioNo1 #KJjadiDJ #AkinabaluFafauKembali

