26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kongsi 10 Perkara Yang Dirahsiakan Ibu, Aliff Aziz Titip Ucapan Sempena Hari Ibu – ‘Terima Kasih Untuk Segalanya’

    Shopee Sale



    Pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz menitipkan ucapan istimewa buat ibu tercintanya, Siti Hafiza Basharahil sempena hari jadi ibu.

    ‘Terima kasih ibu’

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), pelantun lagu ‘Sayang Sayang’ itu memuat naik semula (repost) hantaran yang memaparkan 10 perkara yang tidak pernah diberitahu seorang ibu kepada anak-anak.

    Antara perkara yang tidak diberitahu seorang ibu ialah tindakan anak yang membuatnya menangis, hati terluka setiap kali anak berlaku biadab, hancurnya hati melihat anak menangis dan banyak lagi.

    Menerusi hantaran itu juga, Aliff menitipkan ucapan terima kasih buat ibunya yang telah banyak berkorban dan sentiasa memberikan sokongan buatnya susulan kontroversi yang melanda sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

    Terima kasih untuk segalanya, ibu.

    Sebelum ini, ibu kepada Aliff kerap berkongsi kata-kata hikmah bersama para pengikut di media sosial selepas kontroversi rumah tangga melibatkan anaknya itu bersama menantu, Bella Astillah.

    MENARIK:  [VIDEO] Jason Bagi 7.3 ‘Rate’ Sate Bhalut Mark Adam – ‘Tak Berbaloi Dengan Harga & Kuantiti Sebegitu’

    Namun begitu, Siti Hafiza didakwa telah menyahaktifkan akaun Instagram miliknya selepas Aliff kembali menjadi buah mulut netizen di media sosial.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah