Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr. Afifah mendakwa pendedahan kisah hidupnya di media sosial tidak memberi kesan terhadap bekas suaminya.
Artikel Berkaitan: ‘Semua Baju Masih Dalam Kotak, Saya Pakai Apa Yang Ada Saja’ – Dr Fie Mohon Maaf Isu Penampilan Di Mahkamah
Artikel Berkaitan: ‘Nak Jadi Dentist Yang Chill & Cool, Bukanlah Pelakon Atau Penyanyi’ – Dr Fie
Makin lantang

Dr. Afifah atau mesra dipanggil Dr Fie mendakwa sebaliknya situasi menjadi lebih buruk apabila Nubhan semakin berani bertindak ke atasnya.
Menurut Dr. Fie, niat asalnya berkongsi pengalaman peribadi itu adalah untuk melindungi dirinya namun balasan yang diterima adalah berbeza daripada jangkaan.
Saya fikir kalau perkara ini (kisah hidup mereka) dikongsi di media sosial dia (bekas suami) akan takut nak pijak-pijak kita tetapi tidak, dia lagi lantang.
Perkongsian itu mendapat perhatian warganet. Salah seorang individu menyatakan pihak yang terkait tidak pernah berkongsi mengenai rumah tangganya.
Bagaimanapun, Dr, Fie mendakwa telah wujud akaun palsu yang menyerang dan mempertahankan bekas suaminya di alam maya.
Sebab dia ada akaun palsu dan cybertroopers macam awaklah. Terus berjuang untuk Nubhan. Ingat kifarah itu wujud.
Sumber: Threads
The post ‘Kifarah Itu Wujud’ – Dr. Fie Dakwa Nubhan Makin Lantang, Wujud Akaun Palsu ‘Backup’ Diri? first appeared on OHBULAN!.





