28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Khairul Aming Teruja, Netizen Terharu Baca Surat Penghargaan Rasmi PM New Zealand – ‘Terima Kasih Ajar Saya Buat Roti Jala & Cendol’

    Shopee Sale



    Pempengaruh dan usahawan berjaya, Khairul Aming meluahkan rasa terujanya apabila menerima surat penghargaan daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.

    Terima surat penghargaan

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

    Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram (IG), pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman ini melampirkan surat diutus Christopher yang menzahirkan ucapan terima kasih atas layanan dan tunjuk ajar yang diberikan pempengaruh itu.

    Terima kasih kerana meluangkan masa mengajar saya cara menyediakan roti jala dan cendol serta menyajikan hidangan tempatan yang lazat meskipun anda mempunyai jadual yang padat.

    Saya dapati video sarapan kita sudah pun mencecah lapan juta tontonan di Instagram (IG) hanya dalam masa beberapa hari sahaja, itu pencapaian yang sangat luar biasa.

    Menerusi surat tersebut, Christopher turut menyatakan kekagumannya terhadap Khairul Aming yang telah berjaya menjadi salah seorang usahawan hebat di Malaysia.

    Apabila mengetahui kisah kamu, saya sangat berinspirasi apabila mengetahui kamu bermula dengan melakukan video memasak secara kecil-kecilan semasa penghujung Covid-19.

    Sehinggalah kamu berjaya mengecapi kejayaan masa kini termasuklah penghasilan sambal yang diminati ramai.

    Industri pelancongan New Zealand tentunya menghargai usaha anda selepas menyaksikan pengaruh yang dibawa.

    Sementara itu, Khairul Aming berharap agar orang ramai mendoakannya untuk teruse menghasilkan karya yang boleh mengharumkan nama negara di persada dunia di masa akan datang.

    MENARIK:  Kantoi Tonton Video P*rno Punca Armor Toreador Naik Tangan Belasah Isteri

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji kejayaan yang dikecapi anak jati Kelantan itu.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah