30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kesihatan Amad Tiada Masalah, Cuma Sebelum Buat Persembahan Mungkin Alami Ketidakselesaan’

    Shopee Sale

    Keadaan kesihatan anak kepada penyanyi, Siti Saerah iaitu Ahmad Dayyan dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas rebah sebelum membuat persembahan di pentas Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) pada malam Ahad.

    Artikel Berkaitan: Amad Tumbang Sebelum Buat Persembahan Akhir TTMM

    Artikel Berkaitan: ‘Ada Yang DM Tanya Umur Ahmad Berapa & Ajak Couple’ – Siti Saerah Kongsi Ragam Peminat

    Segera dapatkan bantuan

    Ketika ditemui , Naib Presiden Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad memaklumkan pihaknya segera mendapatkan bantuan perubatan selepas kejadian itu.

    Malah kata Raqim, pemeriksaan awal mengesahkan tiada masalah kesihatan serius dialami oleh Ahmad atau lebih mesra disapa Amad.

    Selepas persembahan saya ada berjumpa dengan mereka.

    Keadaan dia sekarang baik sahaja. Kami dah periksa dengan medic semua vitalnya okay.

    Daripada segi kesihatan dia sebenarnya tiada apa-apa masalah. Itu yang telah disahkan oleh pihak medic kita sendiri.

    Raqim berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program TTMM yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

    MENARIK:  30 Tahun Cipta Nama, Ungu Bakal Himpun Memori Perjalanan Seni Dalam Konsert 3 Dasawarsa Di Kuala Lumpur

    Tak selesa

    Bagaimanapun, Raqim tidak menolak sekiranya Amad berdepan dengan ketidakselesaan yang melampau sebelum melakukan persembahan.

    Cuma sebelum dia buat persembahan tadi mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan yang dia lalui sewaktu mahu keluar untuk membuat persembahan.

    Sebelum ini dia memang tiada sebarang sakit, mungkin perkara itu berlaku secara tiba-tiba.

    Sebelum ini, Amad mengejutkan orang ramai apabila dilihat rebah beberapa minit sebelum memulakan persembahan.

    Semasa kejadian, Amad kelihatan kurang sihat selain sempat menyebut ‘sakit’ sebelum cuba ditenangkan oleh ibu serta pihak produksi.

    Malah Amad difahamkan pengsan sejurus selepas melakukan persembahan terakhir bersama penyanyi Nadeera Zaini menerusi lagu Bukan Lagi Kita untuk konsert Grand Finale.

    Sekadar info, Siti Sairah dan Amad berjaya menduduki tangga keenam dengan markah 52.17 peratus menerusi persembahanya yang membawakan lagu Cinta Kerana Cinta (Judika) dan Bukan Lagi Kita bersama Nadeera Zaini.

    The post ‘Kesihatan Amad Tiada Masalah, Cuma Sebelum Buat Persembahan Mungkin Alami Ketidakselesaan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah