27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes Bunuh Zulfarhan: Enam Bekas Penuntut UPNM Ke Tali Gantung, Ibu Bapa Arwah Menangis Sujud Syukur

    Shopee Sale



    Allahyarham Zulfarhan Osman

    Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

    Ke tali gantung

    Allahyarham Zulfarhan Osman

    Memetik laporan Awani, pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan ke atas enam individu terbabit.

    Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail memberitahu dengan itu mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh itu.

    Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

    Sementara itu, ibu bapa kepada Allayarham iaitu Zulkarnain Idrus dan Hawa Osman dilihat mengalirkan air mata serta melakukan sujud syukur di hadapan bilik perbicaraan sejurus mendengar keputusan.

    Sumber: Awani

    MENARIK:  Maaf Sebelum Berangkat Ke Tanah Suci: Permohonan Maaf MK K-Clique

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah