Perkongsian yang dimuat naik pelakon, Rita Rudaini di Instagram, ternyata menyentuh hati dan perasaan netizen yang membacanya.
Aku pernah menangis
Sebagai seorang ibu tunggal yang membesarkan dua orang cahaya mata sendiri, Rita dipercayai sentiasa berfikir mengenai nasib dan masa depan anak-anaknya. Tambah Rita, dia sedar bahawa segala urusan yang difikirkan olehnya itu adalah urusan Allah.
Berikutan daripada itu, tugasnya hanya perlu mendoakan mereka, mendidik dan menjadi ibu yang baik.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkesan dan mengucapkan terima kasih buat Rita kerana memuat naik posting tersebut. Ujar netizen, Rita merupakan inspirasi kepada mereka dalam membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal.
The following two tabs change content below.