Kalau sebut pasal Hari Koperasi Negara, mesti ramai yang ingat sambutan ini hanyalah sekadar acara rasmi kerajaan atau jualan murah koperasi. Namun tahu tak korang Hari Koperasi Negara ni ada sejarah panjang, misi besar dan kesan langsung kepada hidup kita sebagai rakyat Malaysia?
Pada tahun ini, Sambutan Hari Koperasi Negara sekali lagi bakal berlangsung! Kali ini sambutannya dijangka lebih meriah di mana bukan sekadar karnival dan gerai makanan ditawarkan buat para pengunjung, malah orang ramai juga berpeluang untuk mengenal dan sokong ekonomi yang lebih adil dan mampan. Ayuh kita tengok kenapa Hari Koperasi Negara 2025 ni tak patut dipandang ringan!
Asal-Usul Hari Koperasi Negara

Gerakan koperasi telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1922 dan kini ia telah berkembang dengan pesatnya. Tujuan Hari Koperasi Negara diadakan ialah untuk menjelaskan aktiviti, peranan dan hala tuju gerakan koperasi serta menghebahkan kepada masyarakat umum bahawa koperasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dari segi ekonomi dan sosial.
Koperasi PERTAMA didaftarkan asalah Syarikat Bekerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Pekerja-Pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad. Koperasi ini masih aktif sehingga kini dengan nama Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS) dan Koperasi pos Nasional Berhad (KOPONAS). Pada tahun seterusnya, Koperasi pertama luar bandar didaftarkan, iaitu Syarikat Kampung Tebuk Haji Musa Bekerjasama dengan Tanggungan Berhad Parit Buntar, Krian, Perak pada 3 Disember 1923.
Aktiviti koperasi terus berkembang dalam negara sejak mulai ditubuhkan. Pada tahun 1950, sebuah lagi sejarah tercipta apabila Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (nama asalnya The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited) ditubuhkan pada 1 Januari 1950 di bawah Akta Koperasi 1993.
Pada tahun 1954 pula, bank-bank Persatuan Kerjasama telah ditubuhkan pada tahun 1954 yang kemudiannya telah bergabung dalam Bank Agung Kampung Bekerjasama Persekutuan Tanah Melayu. Koperasi bank ini kemudian dikenali sebagai Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat).
Pihak kerajaan pada tahun 1957 telah Kerajaan menubuhkan Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama
Tanah Melayu. Jabatan Pembangunan Koperasi diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama Tanah Melayu pada tahun 1957.
Sejarah tercipta pada tahun 1976 apabila Koperasi Permodalan Tanah Kebangsaan yang mempunyai anggota seramai 68,000 orang, modal saham sebanyak RM17.5 juta dan jumlah kawasan tanah sebanyak 30,000 ekar yang terdiri daripada kebun getah, kelapa sawit, kelapa, koko, teh dan lain-lain. Aset tetap koperasi pula sebanyak RM45 juta.
Pada 21 Julai 2002, sambutan Hari Koperasi Negara kali pertama berlangsung dan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.
Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC). Majlis ini diadakan sebagai tanda pengiktirafan Kerajaan kepada gerakan koperasi di atas peranan dan sumbangan yang telah diberikan gerakan ini dalam usaha pembangunan sosio ekonomi negara.
Bilakah Sambutan Hari Koperasi Negara Mulai Disambut?
Pada 21 Julai 2002, sambutan Hari Koperasi Negara kali pertama berlangsung dan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.
Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC). Majlis ini diadakan sebagai tanda pengiktirafan Kerajaan kepada gerakan koperasi di atas peranan dan sumbangan yang telah diberikan gerakan ini dalam usaha pembangunan sosio ekonomi negara.
Sambutan Hari Koperasi Negara peringkat negeri pula mulai dilaksanakan di seluruh negara bermula pada tahun 2016. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dilantik sebagai pengerusi ASEAN
Cooperative Organization (ACO).
Setiap tahun, sambutan Hari Koperasi Negara akan diisi dengan pelbagai program seperti pameran, forum, jualan koperasi, dan majlis anugerah koperasi cemerlang. Memang happening habis!
Kenapa Pentingnya Sambutan Hari Koperasi Negara?
View this post on Instagram
Sambutan Hari Koperasi Negara bukan sekadar acara tahunan biasa. Ia sebenarnya simbolik kepada beberapa perkara:
- Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan koperasi-koperasi.
- Memberi penghargaan kepada koperasi-koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan terhadap gerakan koperasi
- Menilai pencapaian gerakan koperasi di dalam bidang ekonomi dan sosial selaras dengan konsep, prinsip dan falsafah koperasi.
- Mendapatkan idea-idea baru dalam usaha memperkukuhkan pengurusan, pentadiran dan perniagaan koperasi selaras dengan Dasar Koperasi Negara.
Mengumpul lebih 15,000 koperasi aktif di Malaysia dan jutaan ahli di seluruh negara, gerakan koperasi bukan lagi ‘orang belakang’, malah sudah menjadi tunjang ekonomi rakyat!
Hari Koperasi Negara 2025 Bakal Berlangsung di MITC, Melaka!
View this post on Instagram
Pada tahun ini, Hari Koperasi Negara 2025 bakal disambut pada 25 hingga 27 Julai 2025! Menariknya, sambutan pada tahun ini bakal berlangsung di MITC, Melaka serta dimeriahkan lagi dengan kolaborasi eksklusif bersama Program Jom Ronda TV3!
Buat korang yang berkelapangan, memang tak rugi untuk join Sambutan Hari Koperasi Negara 2025 sebabnya korang berpeluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut koperasi-koperasi serta industri-industri yang terlibat langsung dan tidak langsung bagi memeriahkan lagi sambutan ini.
Dalam erti kata lain, korang mesti tak pulang dengan tangan yang kosong! Siapa sangka, dari satu koperasi kecil di Taiping dulu kini dah jadi satu gerakan besar yang membela nasib berjuta rakyat Malaysia. Jangan lupa hadirkan diri tau!
The post Kenapa Anda Perlu Ambil Tahu Tentang Sejarah Hari Koperasi Negara 2025? first appeared on OHBULAN!.



(@hotfm976)

