25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kematian Dua Individu di Dalam Kereta Berkunci di Stesen Minyak

    Shopee Sale



    Foto: Kosmo

    Dua individi iaitu masing-masing lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia di dalam kereta yang diparkir di sebuah stesen minyak di Jalan Segamat-Kuantan berhampiran Muadzam Shah, Rompin pada Selasa.

    Mati dalam kereta

    Foto: Sinar Harian

    Menurut Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian. Setibanya di sana, mereka mendapati kedua-dua mangsa berada di dalam sebuah kereta jenis Proton Satria dengan keadaaan tidak sedarkan diri.

    Anggota bomba mendapati pintu kereta terbabit terkunci dan enjin kereta sudah tidak dihidupkan. Susulan itu, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat membuka pintu kereta terbabit.

    Kedua-dua mangsa iaitu lelaki berada di tempat duduk pemandu dan wanita di tempat duduk penumpang hadapan disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

    MENARIK:  [VIDEO] Wajah Anak-Anak MUA Bellaz Curi Perhatian, Netizen Usik Minta Tambah Zuriat Lagi – ‘Helok Semuanya, Nombor 5 Soon!’

    Mayat kedua-dua mangsa diserah kepada polis dan dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah