28.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keluar Dari Zon Selesa, Ara Johari Lancar Single Raya Genre Irama Malaysia – ‘Mungkin Bunyi Lain Sebab Saya Biasa Rock’

    Shopee Sale



    Penyanyi Ara Johari menampilkan sisi baru dengan mencabar diri membawa genre irama Malaysia demi merancakkan lagi sambutan hari raya tahun ini.

    Lagu raya

    Keluar daripada zon selesa, Ara atau nama lengkapnya Nurfarrah Izzatie Johari melancarkan single ‘Zapin Malam Raya’ yang merupakan hasil ciptaan Affan Mazlan.

    Apa yang lebih menarik, lagu ini disempurnakan oleh kumpulan pelawak dari Pantai Timur, Trio Latah sebagai penyanyi undangan.

    Sebenarnya, saya ada rancangan untuk keluar lagu raya tahun ini tapi tak jumpa demo yang sesuai.

    Dalam pada sedang mencari-cari, saya jumpa Affan minggu lepas.

    Alhamdulillah, hasil perbincangan singkat itu terhasil lagu ini.

    Pengalaman baru

    Berkongsi lebih lanjut, ini merupakan pengalaman baru buat pelantun lagu ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’ itu dalam membawa lagu bergenre irama Malaysia.

    MENARIK:  [VIDEO] Lukis Tahi Lalat Di Pipi Kiri, Netizen Terhibur Aliff Syukri Kembali ‘Normal’ – ‘Nama Saya Aliff Islam’

    Tambahnya, dia teruja dengan idea mengetengahkan dialek Negeri Sembilan dan Kelantan dalam lagu tersebut.

    Ini kali pertama saya bawa lagu genre irama Malaysia.

    Mungkin kedengaran sedikit lain dengan suara saya yang biasa dengan lagu rock.

    Saya juga teruja apabila lagu ini menyelitkan dialek-dialek negeri iaitu Negeri Sembilan dan Kelantan yang mana jalan ceritanya tentang suami yang teruja apabila tiba giliran balik raya ke kampungnya.

    Difahamkan, muzik video ‘Zapin Malam Raya’ masih dalam proses penggambaran dan dijangka bakal dilancarkan pada minggu hadapan.

    Mulai 19 Mac, lagu ini boleh didengar di semua platform digital.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah