25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kami Kini Dalam Proses Berpisah, Berikan Sedikit Ruang’ – Marissa Dania

    Shopee Sale

    Pempengaruh Marissa Dania memaklumkan bahawa perbicaraan kes rumah tangganya pada Isnin telah ditangguhkan untuk sambung bicara kerana dia masih belum memberikan keterangan.

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Jalan Tu Lambat, Berlarilah..Semua Orang Nak Adik Bahagia’ – Azza Elite Titip Nasihat Buat Marissa Dania

    Artikel Berkaitan: Marissa Dania Persoal Tindakan Umisya Bangkitkan Isu Lama – ‘Saya Tidak Dapat Hak Sebagai Isteri Seadilnya’

    Marissa Dania dalam proses berpisah

    Marissa, 20, memaklumkan bahawa dia dan suaminya, Aslam, kini dalam proses berpisah, dan keputusan akhir mengenai pengesahan lafaz cerai serta rujuk adalah cerai.

    Perbicaraan kes kelmarin telah ditangguhkan untuk sambung bicara kerana saya belum memberikan keterangan.

    Kami kini dalam proses berpisah, dan keputusan akhir bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk adalah cerai.

    Marissa berkongsi perkata itu menerusi hantaran di Instagram stories (IG).

    Dalam pada itu, Marissa berharap tiada lagi kenyataan daripada mana-mana pihak dan meminta ruang peribadi, sambil menegaskan agar orang ramai tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi mengenai situasinya.

    Saya berharap tiada lagi sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak.

    Berikan sedikit ruang, dan mohon jangan membuat kesimpulan atau andaian tanpa mengetahui perkara sebenar.

    Terdahulu, pagi Isnin, Marissa bersama suaminya, Ahmad Aslam hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk melibatkan perkahwinan mereka.

    MENARIK:  Nabil Titip Ucapan Hari Jadi Buat Isteri, Kapsyen Raih Perhatian – ‘Kalau Ikutkan Hati You Dah Lama I Jadi Duda’

    Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, anak guamnya itu telah melafazkan cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya sebanyak dua kali.

    Difahamkan, lafaz cerai pertama berlaku pada September 2024 sebelum pasangan itu kembali rujuk pada bulan sama. Namun, pada April 2025, Aslam sekali lagi melafazkan cerai sebelum mereka dilaporkan rujuk semula pada Jun.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Kami Kini Dalam Proses Berpisah, Berikan Sedikit Ruang’ – Marissa Dania first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah