Pelakon, Datin Intan Najuwa berkongsi pandangan mengenai sikap segelintir individu yang kurang senang dengan kehadiran kanak-kanak di tempat awam.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Beli Barangan Runcit Setiap Dua Minggu – ‘Ayam Beli Lapan Ekor, Rumah Hari-Hari Macam Kenduri’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Syukur Suami Mudahkan Urusan, Bayar 3 Pembantu & Jururawat ‘Private’ Jaga Anak – ‘Lega Sangat’
‘Jadi orang baik’

Pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, menegur sikap segelintir orang yang rasa tidak selesa dengan kehadiran kanak-kanak terutamanya apabila mereka menangis atau membuat bising.
Kalau orang nak bawa anak dia pergi kafe atau restoran, apa salahnya?
Sama juga situasi dalam kapal terbang, ada saja yang rasa entitled tidak mahu kanak-kanak bising dalam penerbangan busines atau kelas pertama.
Kalau nak ketenangan sangat, naik private jet. Tempat awam adalah untuk semua.
Malah kata Intan, setiap individu termasuk ibu bapa membayar harga yang sama untuk servis jadi tidak patut untuk rasa lebih berhak daripada orang lain.
Kita semua bayar makan dan minum dengan harga yang sama jadi janganlah nak rasa orang lain tidak layak.
Saya tidak cakap begini kerana saya seorang ibu tetapi dulu semasa saya belum berkahwin pun saya selalu tolong ibu bapa dalam kapal terbang.
Hidup lebih tenang kalau kita ada sifat empati dan bukannya selalu merungut.
Sumber: Thread
The post ‘Kalau Nak Suasana Tenang & Diam, Naik Private Jet’ – Intan Najuwa Tegur Sikap ‘Entitled’, Tidak Suka Budak Kecil first appeared on OHBULAN!.





