Pempengaruh dan usahawan, Anas Zahrin membantu rakyat Palestin di Gaza dengan menyerahkan sumbangan cek bernilai RM50,000 menerusi Persatuan Cinta Gaza Malaysia.
Artikel Berkaitan: Anas Zahrin Tolong Lunaskan Hutang Che Ta Kepada Kontraktor – ‘Ini Betul Sahabat Dunia Akhirat, Dia Bantu Tanpa Pengetahuan Rozita’
Artikel Berkaitan: Anas Zahrin Guna Kudrat Sendiri, Segan Minta Tolong Rakan Artis – ‘Che Ta Pun Tahu Lepas Undian Tutup’
Bantu rakyat Palestin

Nama pengasas produk jenama ANAS Cosmetics ini dikenali dengan sikap pemurah apabila banyak menghulurkan bantuan buat golongan yang dalam kesusahan tak kira di dalam atau luar negara.
Anas atau nama sebenarnya, Mohamad Anas Zahrin Atan sekali lagi terpanggil bagi menyumbang bantuan ekoran gelombang Global Sumud Flotilla yang menjadi fenomena dunia.
Momen itu turut diraikan seiring dengan kejayaan luar biasa jenama lipmatte miliknya yang berjaya merekodkan jualan lebih 1 juta unit di TikTok Shop, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam dunia kecantikan tempatan.
Secara peribadi saya pernah sumbangkan kepada rakyat Gaza. Kali ini jadi lebih bermakna kerana ia dibuat atas jenama, ANAS Cosmetics dan tentunya pembeli dan peminat jenama kami.
Bererti jumlah sumbangan RM50,000 ini juga datangnya merangkumi hasil daripada pembelian lipmatte mereka.
Sumbangan berkenaan juga sebagai satu usaha menghargai penyokong jenama kosmetik kami. Ia umpama ‘give back’ atau misi memberi kembali kepada yang memerlukan.
Menyeru kepada pengasas produk lain

Dalam pada itu, Anas memaklumkan bahawa usaha ini akan diteruskan dengan disalurkan pada perbadanan yang memerlukan sekali gus tidak dilupakan buat golongan dalam negara yang memerlukan.
Ujarnya lanjut, dia berharap agar lebih ramai usahawan mengambil langkah agar dapat meringankan beban rakyat Palestin.
Insya-Allah bulan seterusnya, usaha murni ini berkemungkinan diteruskan serta disalurkan menerusi perbadanan kebajikan dan kemanusiaan lain.
Barangkali boleh disalurkan ke Yayasan Nurjiwa milik Datuk Seri Siti Nurhaliza dan sebagainya. Tentunya bantuan saya untuk mereka di dalam negara juga akan diimbangi.
Saya pasti, usaha dan cetusan ini seharusnya dipanjangkan juga kepada ‘founder’ produk yang lain. Saya yakin, golongan berniaga seperti kami ini bukan tidak cakna.
Tapi apabila ada hal sebegini yang diwar-warkan, Insya-Allah akan ada yang ambil inisiatif melakukan perkara sama. Tidak kira betapa kecil atau besar sumbangan itu, ia akan jadi bermakna buat mereka termasuklah rakyat Palestin.
Sebagai rekod, jenama ANAS Cosmetics mula dilancarkan pada Ogos 2017 dan terus berkembang maju hingga kini.
Malah, setiap perkongsian, ciapan, atau muat naik Anas di laman sosial termasuk di Thread akan mencuri perhatian dan diungkap semula.
The post Jual 1 juta Lipmatte Cosmetics, Anas Zahrin Sumbang RM50,000 Untuk Rakyat Palestin first appeared on OHBULAN!.





