24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Seminggu Hilang, Mayat Ketua Daerah Ditemui Tergantung Pada Pokok

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Misteri kehilangan seorang ketua daerah di Indonesia akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui tergantung pada sebuah pokok.

    Mayat tergantung pada pokok

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Tribunnews, mangsa yang dikenali sebagai Muklis dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu (9 Ogos) selepas kali terakhir dilihat sedang leka bermain telefon di ruang tamu rumah.

    Namun apabila isterinya, Tutik bangun tidur pada keesokan paginya, Muklis sudah tiada di rumah.

    Wanita tersebut kemudian melaporkan kepada pihak berkuasa, ahli keluarga, jiran dan rakan terdekat mengenai kehilangan mangsa.

    Susulan daripada itu, operasi mencari telah dijalankan namun mereka tidak menemui Muklis.

    Seminggu kemudian iaitu pada 16 Ogos, mayat mangsa yang sudah mula menghitam akhirnya ditemui tergantung di sebatang pokok oleh tiga rakannya yang ketika itu sedang melakukan pencarian.

    MENARIK:  Bekas Rakan Pasukan Dedah Cristiano Ronaldo Tertarik Mahu Peluk Islam – ‘Setiap Kali Azan Dia Minta Jurulatih Hentikan Latihan’

    Difahamkan,pihak polis masih menjalakan siasatan lanjut berhubung kes.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah