30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jofliam Kembali Bersuara Isu Curang, Perjelas Kejadian Milan Berlaku Selepas Cerai– ‘Bekas Isteri Yang Telefon Lelaki Lain Tanpa Izin Saya’

    Shopee Sale



    Tak ada angin, tak ada ribut, pempengaruh dan usahawan sensasi iaitu Jofliam kembali bersuara mengenai isu penceraiannya dengan bekas isteri, Cik Epal menerusi hantaran di Instagram Story (IG).

    Nafi berlaku curang

    Menerusi hantaran yang dimuat naik pada Selasa, pemilik nama Jofli Abu Bakar menafikan dakwaan dirinya berlakunya curang menjadi punca kepada penceraian bersama Cik Epal.

    Dakwa Jofliam, isu yang berlaku di Milan sepertimana yang digembar-gemburkan di media sosial berlaku selepas dirinya sudah tidak mempunyai apa-apa ikatan dengan Cik Epal.

    Saya tak pernah curang semasa perkahwinan saya.

    Sehingga kini masih tiada bukti (curang) dan saya masih menunggu bukti.

    Isu di Milan adalah selepas saya bercerai.

    Dakwa Cik Epal curang?

    Menerusi hantaran yang sama, Jofliam pula mendakwa Cik Epal telah berlaku curang terhadap dirinya sepanjang berkahwin dengan menelefon lelaki lain tanpa izinnya.

    Dia yang menghubungi lelaki lain belakang saya dulu semasa status suami isteri.

    Berhari-hari call, walhal dia ada pilihan untuk bercakap dengan perempuan yang berada di dalam team. Mereka juga kerap bersama sekarang ini.

    Saya telah dikhianati oleh seorang wanita yang telah bersama saya selama 10 tahun, jadi, jangan persoalkan kenapa saya tak rujuk balik.

    Di akhir hantaran, Jofliam berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya dan bekas isteri untuk meneruskan kehidupan selepas bercerai.

    Apa-apa pun, masing masing mahu kebahagiaan sendiri dan doa yang baik-baik untuk kami.

    Imbas kembali, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan Jofliam selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

    MENARIK:  Gagal Bayar Kontraktor RM1Juta, Barang Rumah Vida Termasuk Empat Kereta Mewah Kena Sita

    Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah