29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jika Keluarga Sendiri Dalam Kesusahan, Mereka Lebih Utama Dibantu’ – Ustaz Wadi Annuar

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar, menegaskan bahawa sekiranya ahli keluarga sendiri berada dalam kesusahan, mereka yang seharusnya diberi keutamaan untuk dibantu terlebih dahulu.

    Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Beri Peringatan Jangan Sia-Siakan 10 Malam Terakhir – ‘Mungkin Jadi Ramadan Terakhir Kita’

    Artikel Berkaitan: Peniaga Pakai Pakaian Berlainan Jantina Demi ‘Sales’, Ustaz Wadi Annuar Tegur – ‘Apa Guna Untung Jika Hilang Berkat?’

    Meringankan beban

    Menerusi perkongsiannya di Threads, Ustaz Wadi menjelaskan bahawa membantu ahli keluarga mampu meringankan beban yang mereka tanggung.

    Tambahnya lagi, tindakan itu juga berperanan sebagai penghubung yang mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

    Jika keluarga sendiri berada dalam kesusahan, mereka lebih utama dibantu.

    Menolong ahli keluarga ini bukan sahaja dapat meringankan beban mereka, bahkan menjadi jambatan yang mengeratkan silaturahim sesama darah daging.

    Beri keutamaan pada yang dekat

    Dalam hantaran yang sama, Ustaz Wadi menjelaskan bahawa hal ini tidak bermakna seseorang harus mengabaikan sumbangan kepada pihak luar.

    MENARIK:  Aliff Aziz Mendedahkan Masalah Peribadi Sebagai Punca Hubungan Dengan Ruhainies - 'Membuka Pintu Untuk Mengenali Satu Sama Lain'

    Sebaliknya, Islam mengajar umatnya menyusun keutamaan dalam berbuat kebaikan agar tidak terlalu sibuk membantu yang jauh sehingga mengabaikan mereka yang terdekat.

    Bukan bermaksud kita mengabaikan sumbangan kepada pihak luar.

    Tetapi Islam mengajar kita untuk menyusun keutamaan.

    Jangan sampai kita sibuk membantu yang jauh, sedangkan yang dekat kita abaikan.

    Dahulukan yang terdekat, kemudian luaskan manfaat kepada yang lain.

    Sumber: Threads

    The post ‘Jika Keluarga Sendiri Dalam Kesusahan, Mereka Lebih Utama Dibantu’ – Ustaz Wadi Annuar first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah