28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jarak Usia 19 Tahun Dengan Tunang, Qi Razali Bakal Tamatkan Zaman Bujang Pada Tahun Hadapan

    Shopee Sale



    Pelakon Qi Razali mendedahkan bakal menamatkan zaman bujang bersama seorang wanita berusia 28 tahun pada tahun hadapan.

    Bakal nikahi wanita berusia 28 tahun

    Ketika ditemui , Qi atau nama lengkapnya Qushairi Mohammed Razali, 47, mengakui belum bersedia untuk mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut dan enggan mendedahkan identiti bakal suri hatinya itu.

    Status saya belum kahwin tetapi saya akan kahwin, sekarang dalam proses persiapan macam beli-beli barang. Insya-Allah tahun hadapan.

    Dengan siapa itu saya tak boleh beritahu. Dia orang industri tapi bukan di hadapan kamera. Umur dia 28 tahun. Nanti dah tiba masa saya akan beritahu.

    Bercerita mengenai detik perkenalan, Qi memberitahu dia dan wanita tersebut sudah berkenalan sejak setahun lalu sebelum mereka membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada Syawal lalu.

    Tahun lepas kami berkenalan tetapi belum serius, lepas jumpa keluarga baru rapat. Tapi sebenarnya merisik dan bertunang dah berlangsung sebenarnya raya tahun ini.

    Qi berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran filem Babah yang berlangsung di Menara KEN TTDI, pada Isnin.

    MENARIK:  Catriona Ross Turut Serta Kongsi Rezeki Dengan Pemandu Ojek Indonesia – ‘Bagi Yang Tak Nak Bantu, Lebih Baik Diam’

    Tak putus asa cari teman hidup

    Dalam pada itu pelakon filem War On Terror: KL Anarchy ini mengakui tidak pernah berputus asa membina hubungan atau mencari taman hidup meskipun sudah berkali-kali gagal dalam percintaan.

    Saya tidak pernah meletakkan diri saya sebagai belum bersedia untuk enggan ada pasangan.

    Kalau sudah keluar dalam hubungan ini saya kena pastikan betul-betul tidak lagi terbawa tentang kisah lama.

    Ciri-ciri yang saya cari sebenarnya yang boleh buat kita gembira tanpa buat-buat dan perlu diminta.

    Mungkin sebelum ini kerjaya yang mengganggu tetapi buat masa ini, apabila saya kenal dengan orang yang saya selesa, kami saling menyokong impian masing-masing.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah